HomeUtamaHajiji terima kunjungan KSU KDN yang baharu

Hajiji terima kunjungan KSU KDN yang baharu

Read Time:32 Second

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang baharu Datuk Awang Alik Jeman di kediaman rasmi Ketua Menteri Sri Gaya di sini hari ini.

Awang Alik merupakan anak jati Sabah kedua yang dilantik ke jawatan Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam.

Sebelum itu beliau adalah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri.

Awang Alik menggantikan Datuk Ruji Ubi yang  juga anak jati Sabah yang bertukar jawatan ke KSU Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Dalam pada itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato (Dr) Johari Abdul. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular