HomeUtamaFasa peralihan monsun dijangka bermula 24 September ini

Fasa peralihan monsun dijangka bermula 24 September ini

Read Time:52 Second

Kota Kinabalu : Fasa peralihan monsun dijangka bermula 24 September ini dan berterusan sehingga awal November ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, permulaan fasa itu menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 17 Mei lalu.

Katanya, semasa fasa peralihan monsun, rantau negara diramal akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah.

“Situasi ini boleh menggalakkan kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

“Keadaan cuaca sebegini berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, MetMalaysia menasihati orang ramai untuk lebih berwaspada sepanjang tempoh tersebut serta sentiasa peka mengikuti ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh pihaknya melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Draf Kertas Kabinet Mengenai Pengasingan Kuasa AG Dijangka Siap Pertengahan Tahun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular