HomeUtamaMuzium Negara Terima Koleksi Set Tagung Kadazan

Muzium Negara Terima Koleksi Set Tagung Kadazan

Read Time:2 Minute, 27 Second

KUALA LUMPUR — Jabatan Muzium Malaysia hari ini telah menerima sumbangan Koleksi Set Tagung Kadazan daripada Pertubuhan Kadazan Sabah (Kadazan Society Sabah) yang terdiri 8 koleksi seperti set tagung, gendang dan satu set kulintangan.

Set Tagung Kadazan yang berusia lebih 100 tahun ini merupakan koleksi asal milik Datuk Seri Panglima Marcel Leiking yang merupakan Presiden Pertubuhan Kadazan Sabah (Kadazan Society Sabah).

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim berkata jabatan itu telah melakukan kempen derma Koleksi yang dilancarkan pada disember 2021 yang berfungsi sebagai mekanisme komunikasi dalam menyampaikan mesej yang jelas dan jitu, memberi kesedaran serta meningkatkan kebersamaan bersama masyarakat ke arah pemeliharaan khazanah warisan negara.

Katanya pelbagai medium khususnya media sosial, media cetak dan media elektronik digunakan untuk menghebah serta menggalakkan masyarakat menyumbang koleksi peribadi mereka yang mempunyai signifikan dari sudut sejarah, seni, budaya dan alam semula jadi negara kepada Jabatan ini.

” Berdasarkan Statistik Perolehan Harta Kebudayaan Secara Hadiah di Jabatan Muzium Malaysia dalam tempoh 5 tahun (2020 – 2024) ialah sebanyak 468 koleksi yang signifikan kepada Negara telah diterima daripada 31 orang penderma.

Justeru dengan penerimaan set tagung (gong) Kadazan, set kulingtangan dan set gendang milik peribadi Presiden KSS kepada Jabatan Muzium Malaysia, sekaligus memberi nilai tambah kepada pelbagai koleksi gong yang sedia ada di jabatan ini.

” Sesungguhnya pemberian hadiah oleh Presiden Kadazan Sabah Society ini merupakan suatu penghormatan kepada Jabatan Muzium Malaysia, khasnya dan Kementerian Perpaduan Negara, amnya katanya dalam Majlis Derma Koleksi Set Tagung Kadazan di Ruang Tengah, Pameran Raja Kita, Jabatan Muzium Malaysia hari ini.

Sementara itu Presiden Kadazan Society Sabah (KSS) Datuk Seri Panglima Marcel Leiking berkata Persatuannya menyumbangkan satu set Tagung Kadazan asli kepada Jabatan Muzium Malaysia (JMM) bagi meraikan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Katanya Gesture ini adalah simbolik bagi memperingati penyertaan langsung atau direct participation masyarakat Kadazan melalui United National Kadazan Organisation atau UNKO, serta komitmen, jasa dan pengorbanan bangsa Kadazan dalam pembinaan negara bangsa atau nation building yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

“ Sumbangan tagung Kadazan ini adalah hadiah bangsa dan masyarakat Kadazan kepada seluruh rakyat Malaysia”

Dalam ertikata lain, sumbangan tagung Kadazan ini mencerminkan keinginan ikhlas bangsa Kadazan untuk wujud bersama-sama atau co-exist secara aman harmoni dalam kesatuan kepelbagaian atau unity in diversity seperti yang selalu disarankan oleh Perdana Menteri kita YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia bagi rnencapai matlamat utama kita semua iaitu ‘satu bangsa dan satu Negara’.

Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah ditandatangani oleh Donald Stephens (Tun Fuad Stephens), Huguan Siou Masyarakat Kadazan dan Presiden United National Kadazan Organisation (UNKO) pada 9 Julai 1963 di 2 London. Justeru, tarikh 9 Julai 1963 adalah ‘Surat Kelahiran’ pembentukan negara tercinta kita Malaysia.

Tarikh bersejarah dan penting dalam Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 merupakan saksi bahawa Masyarakat Kadazan di bawah kepimpinan Huguan Siou kami Tun Fuad Stephens, dari perspektif Sabah, telah menyokong sepenuhnya cadangan pembentukan Malaysia seperti juga masyarakat Melayu, yang semasa itu diwakili UMNO, Cina diwakili MCA dan India diwakili MIC katanya lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis Keningau buru suspek terlibat kes bunuh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular