HomeUtamaKV Keningau ke Seoul dalami bidang TVET & STEM

KV Keningau ke Seoul dalami bidang TVET & STEM

Read Time:1 Minute, 39 Second

SEOUL: Seramai 14 pelajar berumur antara 16 hingga 20 tahun bersama enam pensyarah dari Kolej Vokasional Keningau (KVC) telah mengadakan lawatan pendidikan dan budaya ke Korea Selatan baru-baru ini.

Program berlangsung dari 11 hingga 20 September 2024 dikenali sebagai 2024 Gaja! Korea 2.0 K-TVET Adventure ini adalah hasil kerjasama berterusan antara kolej ini dengan Sekolah Tinggi Teknik Seoul yang bermula pada tahun 2017.

Delegasi ini berpeluang melawat institusi terkenal di negara tersebut iaitu Universiti Yonsei, UNESCO-APCEIU, Seoul Technical High School, Seocho School of Cultural Arts & Information, dan Daedong Middle School.

Para pelajar yang menyertainya telah berjaya menimba pengalaman mendalam berkenaan dengan pembelajaran pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Disamping itu, mereka juga telah menyertai aktiviti budaya dan sukan yang popular di Korea Selatan seperti memakai pakaian tradisional Korea dan bermain dodgeball.

Mereka turut berpeluang melawat beberapa tempat menarik yang terkenal seperti Pulau Nami, Istana Gyeongbokgung dan Pohang Space Walk.

Enam pensyarah tersebut adalah Roseanne Nelson, Brenda Silah, Anita Yasin, Sydney Engelbert, Khalifa Affnan dan PJ Ape, manakala pelajar-pelajar yang menyertai program ini adalah Laetitia Anwen Ng, Zein Bin Azmi, Craig Wilhem, Ad Azwanwell, Avy Chascy Teo, Angela Rusli, Audrey Georgina, Nadiirah Naquyyah, Danish Shah, Bevanny Adelia, Nur Dhaniyah Ag Musdi, Jericho Eleus, Jeovahn Pj Ape dan Elisha Carmen Erick.

Ketua delegasi dan penyelaras projek, Khalifa Affnan berkata, betapa pentingnya pengalaman secara langsung dalam mempelajari teknologi dan kemahiran terkini berkaitan STEM dan TVET dan lawatan ke luar negara seperti ini mampu merealisasikan tujuan tersebut.

“Kami bertekad untuk menjadikan program ini yang dia telah juga laksanakan pada tahun 2019 sebagai program tahunan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah kolej, Nordin Akup turut menyatakan sokongan penuhnya terhadap inisiatif yang diambil oleh para guru dan pelajar ini dalam mempercepatkan pemindahan kemahiran yang berkaitan dengan teknologi masa kini.

Beliau percaya bahawa usaha ini dapat memastikan kolej tersebut kekal relevan seiring dengan perkembangan teknologi digital yang kian berkembang pesat.

RELATED ARTICLES
Utama

156 pelajar layak terima WPP, persediaan awal ke IPT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular