HomeSukanPara SUKMA : Sabah capai sasaran 59 pingat emas namun gagal pertahan...

Para SUKMA : Sabah capai sasaran 59 pingat emas namun gagal pertahan juara keseluruhan

Read Time:1 Minute, 10 Second

Kuching : Kontinjen Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sabah berjaya mencapai sasaran pingat yang ditetapkan sebelum ini dengan meraih 62 pingat emas; 42 perak dan 31 gangsa pada temasya Para SUKMA Sarawak ke 21 hari ini.

Chef De Mission (CDM) Kontinjen Para SUKMA Sabah Datuk Mansur Asun berkata, sasaran itu berjaya dicapai melalui kemenangan atlet dalam sukan Para Olahraga dan Para Renang selain beberapa acara sukan lain yang dipertandingkan.

Bagaimanapun sasaran yang dicapai itu gagal untuk mempertahankan kejuaraan keseluruhan yang diraih Sabah pada edisi sebelum ini apabila ketinggalan jauh dibelakang tuan rumah yang mengutip 82 emas; 51 perak dan 72 gangsa setakat jam 7.30 malam tadi.

“Pada Para SUKMA sebelum ini kita menjadi juara dan pungutan pingat Sabah pada ketika itu adalah 54 emas dan pada kali ini kita sasarkan untuk mengutip 59 emas. 

“Sasaran itu telah berjaya dicapai setakat hari ini.  Dalam kita mempersiapkan atlet Para SUKMA, kita juga telah mengikuti atau menyertai beberapa sukan di peringkat kebangsaan, sirkit para olahraga Malaysia pada tahun ini,” katanya dalam temubual bersama TVS di sini.

Pada hari ini, Sabah telah berjaya mengutip tujuh pingat emas menerusi beberapa acara yang dipertandingkan menerusi sukan Para Olahraga; Para Memanah; Para Badminton dan Para Ping Pong.

Selain itu, sebanyak lima pingat perak turut berjaya dicapai selain enam pingat gangsa menerusi beberapa sukan yang dipertandingkan.

Esok sebanyak 12 lagi emas dipertandingkan sebelum temasya Para SUKMA Sarawak melabuhkan tirai. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

AWCL : Kehadiran Steffi, Intan Serah dalam Sabah FA bantu promosi...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular