HomeUtamaKimanis Power Sdn Bhd serah 28 panel solar kepada penduduk Kg Katalirus

Kimanis Power Sdn Bhd serah 28 panel solar kepada penduduk Kg Katalirus

Read Time:1 Minute, 18 Second

NABAWAN: Kimanis Power Sdn Bhd telah menyerahkan 28 sistem tenaga solar yang menjadi sebahagian daripada program impak sosialnya pada di Kampung Katalirus di sini pada Khamis lalu. (26 Sept).

Program di bawah ‘Menerangi Kehidupan Rakyat Sabah’ (Illuminating Lives of Sabahans) itu bertujuan untuk memperkasa komuniti terpencil di Sabah melalui pemudahan akses kepada penyelesaian tenaga mampan, dengan objektif meningkatkan kualiti hidup serta mempromosi kelestarian alam sekitar.

Majlis ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kimanis Power Sdn Bhd, Rozali Khamis dan disaksikan oleh wakil daripada Kumpulan Yayasan Sabah dan PETRONAS Gas Berhad sebagai pemegang saham syarikat, pegawai-pegawai daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Pejabat Daerah Nabawan, serta pegawai dan kakitangan PETRONAS dan penduduk Kg Katalirus.

Dalam majlis berkenaan, Kimanis Power Sdn Bhd telah menyerahkan sistem tenaga solar yang akan membekalkan tenaga elektrik kepada 25 buah rumah, serta masing-masing sebuah balai raya, sekolah dan gereja yang akan memberi kesan positif kepada kehidupan 329 penduduk di Kampung Katalirus.

Rozali dalam ucapannya pada majlis itu berkata, kehadiran tenaga solar ini adalah satu langkah penting dalam membawa perubahan positif kepada kehidupan penduduk yang selama ini tidak mempunyai akses kepada bekalan elektrik.

“Dengan pemasangan sistem solar ini, penduduk Kg Katalirus kini dapat menikmati manfaat tenaga bersih dan mampan, yang akan meningkatkan lagi kehidupan harian mereka,” katanya.

Sementara itu Ketua Kampung Kg Katalirus, Baginda Biong berkata sebelum ini, kami bergantung kepada lampu minyak tanah, manakala yang berkemampuan akan menggunakan mesin janakuasa. Tetapi dengan pemasangan sistem tenaga solar oleh Kimanis Power Sdn Bhd, kini penduduk kampung dapat menikmati bekalan tenaga yang stabil siang dan malam.

RELATED ARTICLES
Utama

PRN17 SABAH: Pemuda, wanita & beliawanis Gagasan Rakyat diminta bergerak satu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular