HomeUtamaPRN17 SABAH: Pemuda, wanita & beliawanis Gagasan Rakyat diminta bergerak satu pasukan...

PRN17 SABAH: Pemuda, wanita & beliawanis Gagasan Rakyat diminta bergerak satu pasukan – Masiung

Read Time:1 Minute, 26 Second

TONGOD: Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Masiung Banah menggesa tiga sayap utama parti itu pemuda, wanita dan beliawanis membentuk jentera masing-masing untuk bergerak satu pasukan dalam kempen Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah yang bakal diadakan bila-bila masa.

Justeru, beliau mengarahkan ketua-ketua PDM Gagasan Rakyat dan pengerusi zon di setiap kawasan supaya bersiap siaga membentuk pasukan gerak-gampur dalam mendepani PRN.

Masiung yang juga Wakil Rakyat dan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kuamut itu berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dasar dan merasmikan mesyuarat agung tahunan parti itu di Dewan Masyarakat Majlis Daerah di sini, semalam.

Sementara itu, empat pemimpin utama parti pembangkang di Kuamut telah mengumumkan keluar daripada parti masing-masing dan menyertai Gagasan Rakyat di kawasan itu, pimpinan Masiung.

Penyelaras BERSATU DUN Kuamut, Libon Ali (kanan) sah sertai Gagasan Rakyat.

Mereka ialah Abdul Gafar Jailani bekas Penyelaras Umno Pusat Daerah Mengundi (PDM) Keramuak, Micheal Orogan, bekas Pengerusi Penyelaras Umno zon Tongod, Libon Ali, Penyelaras BERSATU Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut dan Timbalan Penyelaras Umno zon Tongod yang juga Ketua Cawangan Umno Bingkulat, Kalmin Bambasang.

Masiung berkata, Gagasan Rakyat akan menjalinkan hubungan kerjasama dengan parti-parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) dalam pembentukan jentera kempen PRN di seluruh negeri.

” Mulai sekarang semua jentera parti dalam GRS tidak boleh berlengah dan menumpukan usaha menyusun gerak kerja pilihanraya secara aktif.

” Ketiga-tiga sayap utama GRS harus turun padang bagi menyelami masalah masyarakat di peringkat akar umbi selain bergerak dalam satu pasukan dengan matlamat yang sama, ” katanya.

Kira-kira 500 perwakilan dan pemerhati hadir pada mesyuarat itu.

Terdahulu Masiung merasmikan pejabat baharu Gagasan Rakyat Kuamut di Dataran Tongod yang menempatkan pejabat Gagasan Rakyat dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM).

RELATED ARTICLES
Utama

PRN-17 : GRS belum runding pembahagian kerusi, fokus selesai isu rakyat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular