HomeUtamaGagasan Rakyat Lumadan berdiri teguh sokong Hajiji sebagai Ketua Menteri selepas PRN17

Gagasan Rakyat Lumadan berdiri teguh sokong Hajiji sebagai Ketua Menteri selepas PRN17

Read Time:1 Minute, 40 Second

Beaufort : Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Lumadan akan terus berdiri teguh menyokong kepimpinan Presiden Gagasan Rakyat Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bahagian Lumadan Mazlan @ Joehari Manan berkata, Kerajaan pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Pakatan Harapan (PH) juga tidak mengabaikan hubungan dengan Kerajaan Pusat dalam memastikan aspirasi dan kehendak rakyat dipenuhi.

“Sebaliknya, kita akan terus memberi sokongan kuat kepada Kerajaan Pusat dan Perdana Menteri sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Ini penting kerana hubungan negeri-Pusat merupakan `jambatan’ penting yang dapat menjamin kemajuan  negeri  serta kemakmuran  rakyat.  Kerjasama  erat  ini  jugalah  yang  akan  dapat memberi jaminan kemajuan pelaksanaan perjanjian MA63 di masa akan datang. Dan bukan prinsip kita menghayun kaki menongkah arus gelombang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Lumadan di sini semalam.

Mesyuarat itu dirasmikan Naib Presiden 1 Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Ruslan Muharam dan Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah.

Mazlan berkata, Kerajaan Negeri Sabah juga perlu terus menuntut sepenuhnya pelaksanaan MA63 dengan baki beberapa tuntutan yang belum dilaksanakan.

Katanya, ini adalah demi keadilan dan pengiktirafan pembentukan Negara Malaysia.

“Kerajaan Negeri Sabah juga Haruslah Memantau  secara rapi peruntukan-peruntukan Kementerian Kerajaan pusat yang di salurkan kepada Sabah.

“Ianya haruslah adil dan mengambil kira keadaan geografi dan keperluan rakyat Sabah. Kesilapan terdahulu dan ketidakadilan Kementerian-kementerian inilah yang menyebabkan sekolah-sekolah dan klinik Kesihatan di negeri ini banyak yang daif, begitu jugalah infrastruktur lain yang kita banyak ketinggalan,” katanya.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, Gagasan Rakyat Bahagian Lumadan termasuk cawangan-cawangan, telah menyusun jentera parti dengan baik dalam memastikan parti kuat dan dalam keadaan cukup bersedia untuk menghadapi PRN yang akan datang.

“Secara peribadi, saya rasa bersyukur kerana sokongan kepada parti Gagasan Rakyat kini semakin meningkat, sekali gus membawa kestabilan kepada politik di negeri ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kecekalan Rafida boleh dijadikan contoh dan pencetus semangat untuk berjaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular