HomeEkonomiUsaha Memperkasa Golongan Petani, Nelayan Dan Penoreh Getah Diteruskan Dalam Belanjawan 2025

Usaha Memperkasa Golongan Petani, Nelayan Dan Penoreh Getah Diteruskan Dalam Belanjawan 2025

Read Time:3 Minute, 33 Second

KUALA LUMPUR — Usaha YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menoktahkan kemiskinan di kalangan rakyat mulai berhasil. Usaha yang berani telah dilakukan oleh YAB Perdana Menteri sejak mengambil alih Putrajaya adalah membetulkan perkara yang “dibiasakan” dengan tatakelola yang sewajarnya dilaksanakan.

“Cita-cita Ekonomi MADANI mengangkat darjat hidup rakyat, menstruktur semula ekonomi bagi melonjak Malaysia sebagai jaguh hebat di rantau Asia” ujar YAB Perdana Menteri. Inilah aspirasi sebenar YAB Perdana Menteri untuk memperkasakan ekonomi rakyat secara umumnya.

Banyak isu-isu rakyat bawahan terus-terusan membelenggu mereka kerana kelemahan tadbir urus, ketirisan dan isu rasuah yang amat parah. Menurut data, dalam tempoh 39 tahun (1980 – 2019), hasil padi negara telah meningkat sebanyak 49.3%, dari 2.85 MT/ ha kepada 4.25 MT/ ha.

Namun begitu, dalam jangka masa 10 tahun selepas itu (2009 – 2019), hasil padi hanya meningkat sebanyak 14.4%, dari 3.72 MT/ ha kepada 4.25 MT/ ha. Menurut data daripada Khazanah Nasional, pertambahan pendapatan petani di Malaysia adalah amat perlahan dalam tempoh tiga dekad (1986-2016) berbanding dengan negara-negara lain seperti Australia, Amerika Syarikat, Vietnam, Indonesia, Philipines dan Thailand.

Bila berlaku peningkatan yang amat perlahan ini, bermakna ada sesuatu yang perlu diperbetulkan, diperbaiki dan diuruskan semula tatakeloanya bagi memastikan petani mendapat manfaat yang lebih dan sepatutnya mereka nikmati.

Pesawah, petani dan penoreh getah adalah golongan yang setia mendengar pembentangan  Belanjawan diumumkan pada setiap tahun. Mereka ternanti-nanti dengan penuh pengharapan apakah yang akan Kerajaan Malaysia berikan kepada mereka. Ternyata tahun lepas, banyak berita gembira diberikan kepada mereka.

Dalam Belanjawan 2024  yang lepas, sejumlah RM2.6 billion telah diperuntukan kepada petani dan pesawah. Buat pertama kalinya juga Skim Subsidi Harga Padi dinaikkan daripada RM360 kepada RM500 per metrik tan. Malahan harga lantai belian padi daripada RM1,200 kepada RM1,300 per metrik tan dinaikkan bagi meningkatkan pendapatan petani.

Secara keseluruhannya, pertambahan sejumlah RM600 juta terhadap golongan petani dan pesawah berbanding belanjawan sebelum ini. Subsidi kepada petani padi huma dan bukit ditambah, subsidi diesel kepada nelayan dijaga, malah Kerajaan Madani turut memberikan elaun sara hidup sehingga RM300 sebulan kepada nelayan selain Insentif  Hasil Tangkapan Nelayan sehingga RM1,000 sebulan.

Kerajaan MADANI turut menyediakan RM10 juta untuk  membina baharu dan baik pulih rumah nelayan yang sudah uzur. Banyak perkara yang diumumkan dalam Belanjawan lepas yang memanfaatkan ratusan ribu petani, nelayan dan penoreh getah. Tambahan  usaha itu ditambah baik dengan Inisiatif BUDI MADANI dengan pemberian subsidi tunai secara bersasar kepada petani yang benar-benar layak agar isu ketirisan tidak lagi berlaku di peringkat bawahan.

Tahun ini, dijangka dalam pengumuman Belanjawan t 2025, banyak perkara baik akan terus lagi dinikmati oleh golongan petani, pesawah dan penoreh getah. Pastinya tiga skop utama tumpuan Belanjawan 2025 akan terus memberikan manfaat langsung kepada rakyat.

a) Menaikkan siling – menjadikan Malaysia negara peneraju di Asia.

b) Menaikkan lantai – meningkatkan darjat hidup rakyat.

c) Tatakelola baik dan reformasi sektor awam

Ketiga-tiga matlamat ini adalah untuk meletakkan hala tuju ekonomi di landasan yang jelas, serta menyokong cita-cita menyeluruh untuk negara bukan sahaja dalam percambahan ekonomi, malah penambah baikan keadilan sosial dan tatakelola.

Berbanding dengan Belanjawan sebelum ini, ada enam perkara yang jelas sekali dinikmati oleh petani seperti peningkatan harga lantai belian padi, skim subsidi harga padi, bantuan khas pesawah yang pertama kali diperkenalkan, skim perlindungan takaful tanaman padi, insentif pengeluaran getah dan bantuan musim tengkujuh.

Infografik berkaitan peningkatan insentif kepada pesawah & getah

Tahun ini, agenda pemerkasaan petani, pesawah dan penoreh getah dijangka akan diteruskan lagi. Kepimpinan yang dekat jiwanya  dengan golongan terbanyak dan sentiasa memikirkan nasib rakyat akan melaksanakan tindakan dan dasar yang secara langsung mengesankan akar umbi..

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah ikon lejen memperjuangkan isu-isu rakyat di Malaysia sejak 1970an lagi. Terutamanya isu rakyat lapar dan miskin yang rata-ratanya adalah masyarakat petani, penoreh dan mereka yang berada di luar bandar.

Sejak hampir 50 tahun (1974) yang lalu lagi, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sudah memperjuangkan isu-isu petani di Baling. Rakyat bangkit dan bersama-sama dalam momentum (wave) yang dicipta oleh Dato’ Seri Anwar pada ketika itu.

Kini Dato’ Seri Anwar menerajui Putrajaya, sudah pastinya usaha untuk membantu petani, nelayan dan penoreh getah akan menjadi keutamaan namun tiap usaha untuk menoktahkan kemiskinan dan memperkasakan golongan marhaein perlukan usaha yang komprehensif daripada semua pihak.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji, Ahli Parlimen Sabah bincang pindaan undang-undang kewarganegaraan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular