HomeUtamaPejabat SUP selaras kekuatan, tambah baik jabatan Persekutuan di Sabah

Pejabat SUP selaras kekuatan, tambah baik jabatan Persekutuan di Sabah

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah (SUP) akan menyelaraskan kekuatan (sumber) yang ada bagi membuat anjakan dan penambahbaikan jabatan-jabatan persekutuan di negeri ini.

Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Seri Rosli Isa berkata, pihaknya mengakui bahawa beberapa jabatan persekutuan di peringkat daerah di negeri ini sebenarnya kemudahannya masih lagi agak ketinggalan dan memerlukan perhatian yang serius.

“Penambahbaikan ini perlu supaya pegawai kerajaan dapat menjalankan tanggungjawab secara lebih berkesan dan efisien.

“Jabatan ataupun agensi persekutuan seperti Jabatan Penerangan Sabah termasuklah di semua daerah mempunyai peranan yang amat besar dalam menyampaikan aspek dasar-dasar kerajaan kepada rakyat sepanjang tahun melalui program-program yang diadakan secara berterusan.

“SUP Sabah akan terus memenangi satu kolaborasi melibatkan 160 jabatan persekutuan dan badan berkanun persekutuan yang mana saya akan memastikan apa yang ditumpukan terhadap jabatan persekutuan di Sabah tidak ketinggalan dan mendapat perhatian yang serius daripada Kerajaan Pusat,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, pada Isnin.

Rosli berkata, kerjasama dengan agensi pusat akan diperkasakan untuk menghasilkan koordinasi kerja yang lebih mapan demi kepentingan perkhidmatan awam di negeri ini.

“Dalam masa yang sama, saya mengharapkan agar Kementerian Komunikasi melalui Jabatan Penerangan Malaysia memberi perhatian lebih berhubung penambahbaikan dari segi perjawatan, kemudahan pejabat dan aset-aset baharu terutamanya di daerah-daerah di Sabah yang masih ketinggalan,” katanya.

Beliau turut mengharapkan jabatan persekutuan di peringkat negeri bergerak seiring misi Kerajaan Madani dan Hala Tuju Sabah Maju Jaya di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Turut hadir, Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor, Timbalannya, Supian Musa, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM) dan KPP Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Dr. Diana Dominic.

RELATED ARTICLES
Utama

Aplikasi MYJalan KKR galak orang awam salur maklumat kerosakan jalan raya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular