HomeSukanKejohanan bola sepak medan cungkil bakat baharu

Kejohanan bola sepak medan cungkil bakat baharu

Read Time:1 Minute, 6 Second

Beaufort : Sebanyak 40 buah pasukan bola sepak dari seluruh negeri telah menyertai Kejohanan Bola Sepak U12 Terbuka Beaufort (9’S) yang berlangsung di Kompleks Sukan Beaufort di sini.

Kejohanan anjuran West Warrior FC itu dirasmikan penutupannya oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam.

Ruslan berkata, anjuran kali pertama itu merupakan medan mencari bakat pemain muda dan juga menyerlah bakat anak-anak dalam bola sepak yang sememangnya sukan paling di minati.

“Saya telah hadir menyaksikan perlawanan akhir ini. Kejohanan ini saya lihat dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pemain, pengurus pasukan dan juga ibu bapa.

“Kejohanan ini juga dapat membuka ruang kepada peniaga kecil menjual produk makanan dan minuman selama dua hari kejohanan ini berlangsung,” katanya.

Ruslan turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pasukan yang mengambil bahagian.

Katanya, ini merupakan satu permulaan ke arah melahirkan pemain bola sepak profesional di masa hadapan dan teruskan berlatih dan tingkatkan lagi mutu gaya permainan.

“Sekalung tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan satu kejohanan bola sepak U12 yang berjaya, satu usaha yang perlu di puji dalam usaha menglahirkan pemain bola sepak dari seawal sekolah rendah lagi.

“Kepada pasukan pasukan yang kembali ke kawasan masing masing terutama daripada pantai timur, saya doakan semoga selamat tiba ke destinasi dan sehingga kita berjumpa lagi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC nafi laporan berita pemainnya terbabit kejadian pesawat terhempas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular