HomePolitikParti STAR yakin 100% guna logo GRS pada PRN17 - Dr Jeffrey

Parti STAR yakin 100% guna logo GRS pada PRN17 – Dr Jeffrey

Read Time:51 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PENAMPANG: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyatakan keyakinan 100 peratus parti itu akan menggunakan logo Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Presidennya yang juga Timbalan Pengerusi GRS, Dr Jeffrey Kitingan berkata, beliau sentiasa yakin kerana dapat mengguna logo tersebut pada PRN17 nanti.

“Bagi saya, memang saya selalu yakin apabila kita guna sesuatu logo, kita mesti yakin kerana kita dapat gunakan logo itu.

“Dan berapa peratus, saya tidak boleh cakap. Saya bilang sekarang ini saya yakin 100 peratus,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pejabat Baru parti STAR Sabah Bahagian N.26 Moyog di Donggongon, hari ini.

Dalam pada itu, Jeffrey turut menafikan mengenai provokasi STAR, PBS dan Warisan akan bergabung pada PRN17.

“Dalam politik, apa pun boleh berlaku. Dan kita tidak menutup kebarangkalian itu bila-bila masa, saat akhir pun boleh berlaku.

“Tetapi saya harap tidak begitulah, sebab yang berlaku sekarang adalah provokasi, propaganda dan juga satu rancangan untuk melemahkan perpaduan kita di dalam PBS… tidak hairanlah,” jelasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

G57 sambut baik kenyataan Zahid agar pimpinan & ahli UMNO tidak...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular