HomeUtamaQhazanah Sabah Berhad tumpu pengunaan sistem digital dalam urusan perniagaan syarikat

Qhazanah Sabah Berhad tumpu pengunaan sistem digital dalam urusan perniagaan syarikat

Read Time:58 Second

Kota Kinabalu: Qhazanah Sabah Berhad (QSB) menumpukan kepada penggunaan sistem digital dalam urusan perniagaan syarikat sejajar dengan perubahan yang dibuat bagi mengukuhkan operasi syarikat.

Pengerusinya Datuk Dr Yusof Yacob berkata, Qhazanah telahpun membuat perubahan dengan apa-apa cadangan perniagaan kini dibuat secara sistem digital sehinggalah ke proses kelulusan di peringkat pengurusan tertinggi syarikat itu.

“Dan  penting untuk semua kakitangan Qhazanah mempunyai pengetahuan mengenai penggunaan komputer dan sistem digital..ini saya tekankan.

“Justeru itu, kita akan sentiasa adakan kursus yang bersangkut paut dengan perubahan di dunia dan mestilah kita amalkan demi kebaikan syarikat.

“Kita tidak boleh bergantung dengan cara lama dan saya tekankan bahawa kita mesti boleh berubah, adaptasi keadaan baharu agar Qhazanah mampu bertahan dengan keadaan baru,” katanya ketika menutup Minggu Inovasi QSB di sini, kelmarin.

Minggu Inovasi QSB dilaksanakan selama lima hari berakhir semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan QSB Rudy Jaglul, Ketua Pegawai Strategik dan Pelaburan QSB Muhamis Marsadek dan beberapa Ketua Pegawai Eksekutif anak syarikat.

Dr Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin berkata, semua warga Qhazanah perlu menyesuaikan diri untuk keperluan dalam semua urusan syarikat itu dengan matlamat keseluruhan untuk memperbaiki perniagaan Qhazanah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tawar peluang pelaburan besar dalam Ekonomi Biru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular