HomeUtamaTiga kampung bakal terima Sistem Air Minuman Penapisan Nano Berkuasa Solar

Tiga kampung bakal terima Sistem Air Minuman Penapisan Nano Berkuasa Solar

Read Time:1 Minute, 50 Second

Kota Kinabalu : Syarikat konsesi air Kota Kinabalu Jetama Sdn Bhd akan melaksanakan projek perintis Sistem Air Minuman Penapisan Nano Berkuasa Solar di tiga buah kampung di Sabah bagi membantu menyelesaikan isu masalah bekalan air minum di kawasan terpencil atau dilanda bencana.

Pengerusi Jetama Water Sdn.Bhd, Liau Fui Fui berkata, tiga buah kampung yang bakal menerima projek perintis itu adalah di Kampung Pulau Berhala Sandakan, Kampung Tanjung Batu Sukau dan Kampung Paris, Kinabatangan.

Katanya, ia merupakan satu sistem yang amat baik untuk komuniti khususnya di kawasan pedalaman.

“Ini juga merupakan satu inisiatif Kerajaan negeri bagi membantu kawasan terpencil atau dilanda bencana dan buat permulaan tiga kampung akan terlibat. Manakala tujuh lagi akan dilaksanakan dalam masa terdekat selepas ianya dikenal pasti.

“Sistem ini akan menggunakan tenaga suria dengan menggunakan panel solar untuk penjanaan tenaga kepada sistem rawatan air minum mudah alih ini.

“Dengan kelengkapan tersebut sistem ini adalah mampan dan mudah alih, menjadikannya sesuai untuk lokasi terpencil yang tidak mempunyai akses tenaga grid.

“Penghasilan air minuman yang menggunakan sistem solar oleh Jetama  ini terdiri daripada panel solar untuk menjana elektrik, yang seterusnya akan memberikan tenaga kepada sistem rawatan  air untuk beroperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian  ketika ditemui pada pameran sempena Persidangan Antarabangsa Ekonomi Biru Sabah 2024 (SIBEC 2024) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) (SICC) di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Jetama Sdn Bhd Datuk Ahmad Naim Uddang.

Persidangan itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tudut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri  Hajiji Noor.

Fui Fui berkata, antara faedah sistem berkenaan adalah mesra alam kerana ianya menggunakan tenaga suria iaitu sumber tenaga bersih dan boleh diperbaharui.

“Selain itu, ia juga kos efektif kerana setelah pemasangan, kos operasi adalah minimum kerana cahaya matahari adalah percuma, dan sistem itu juga tidak menggunakan bahan kimia.

“Justeru ianya amat berfaedah di kawasan yang terpencil yang tidak mempunyai akses kepada elektrik grid,” katanya.

Dalam pada itu, Fui Fui berkata, setiap unit yang dipasang mampu menampung air minuman bersih untuk 5,000 penduduk bagi sebuah kampung.

Katanya, sistem itu juga mampu menawarkan penyelesaian yang mampan bagi menyediakan air minuman bersih kepada rakyat Sabah terutamanya di kawasan terpencil dan di luar grid elektrik. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama ekonomi UAE, Sabah dipertingkat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular