HomePendapatPeruntukan Besar Dalam Belanjawan 2025 Berikan Kelegaan Buat Sabah

Peruntukan Besar Dalam Belanjawan 2025 Berikan Kelegaan Buat Sabah

Read Time:3 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU — Pada 18 Oktober 2024, Menteri Kewangan Malaysia telah membentangkan Belanjawan 2025, dengan tema “Membugar Ekonomi Menjana Perubahan Mensejahtera Rakyat.

Di bawah belanjawan ini, Sabah bakal menerima peruntukan sebanyak RM 6.7 bilion, menjadikannya peruntukan tertinggi antara negeri dan wilayah di Malaysia. Peruntukan ini mencatat peningkatan RM 100 juta berbanding tahun 2024.

PerkaraBelanjawan 2022Belanjawan 2023Belanjawan 2024Belanjawan 2025
Jumlah PeruntukanRM 5.16 billionRM 6.5 billionRM 6.6 billionRM 6.7 billion

Sejak tahun 2022, peruntukan Sabah terus meningkat hampir 30%, dari RM 5.16 bilion pada 2022 kepada RM 6.7 bilion pada 2025. Ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam membangunkan Sabah, yang selama ini seakan terpinggir dari pembangunan negara.

Selain itu, Sabah turut menerima Pemberian Khas RM 600 juta, meningkat lebih 1000% sejak 2020. Namun, meskipun jumlah ini meningkat, ia masih jauh dari jumlah sebenar Geran Khas Tahunan yang sepatutnya diterima, iaitu RM 4.08 bilion berdasarkan hasil yang diperoleh Kerajaan Persekutuan dari Sabah sebanyak RM 10.2 bilion. Rakyat Sabah merasakan hak mereka belum dipenuhi sepenuhnya.

Belanjawan 2025 juga memperuntukkan hampir RM 500 juta untuk projek bekalan air dan elektrik di Sabah dan Sarawak, serta pembangunan Lebuhraya Pan Borneo bernilai RM 9.7 bilion yang melibatkan beberapa kawasan di Sabah.

Projek-projek ini diharapkan dapat meredakan masalah seperti kekurangan bekalan air dan elektrik yang tidak stabil, selain meningkatkan keterhubungan dan memperkukuhkan infrastruktur pendidikan dengan peruntukan RM 1 bilion untuk menaik taraf sekolah daif.

KETERHUBUNGAN/ INTER-CONNECTIVITY

Untuk meningkatkan di Sabah, Kerajaan Malaysia akan melaksanakan 17 lagi pakej kerja Lebuhraya Pan Borneo Sabah-Sarawak bernilai RM 9.7 billion, meliputi jajaran Kota Belud, Kudat, Tawau, Telupid dan Ranau. Manakala, 4 pakej kerja Sabah Sarawak Link Road (SSLR) bernilai RM 7.4 billion juga akan di laksanakan.

Di samping itu, projek pembesaran Lapangan Terbang Tawau akan di laksanakan. Ini mampu melonjakkan sektor pelancongan di Sabah, memandangkan Tawau adalah ‘gateway’ ke aset pelancongan terkenal seperti Danum Valley serta Pulau-Pulau Sipadan dan Mabul.

Dengan peruntukan lebih RM 200 juta, perkhidmatan udara luar bandar Sabah dan Sarawak akan di teruskan, termasuklah membuka laluan udara baru menghubungkan Kota Kinabalu – Layang-Layang.

PENDIDIKAN DI SABAH

Aspek pendidikan turut mendapat peruntukan yang besar, di mana RM 1 billion di sediakan untuk projek menaik-taraf prasarana daif di 543 buah sekolah di Sabah dan Sarawak Di mana Sebuah sekolah baru juga akan di bina di Sabah iaitu SMK Lok Kawi, Putatan.

Sabah memiliki banyak sekolah yang daif. Menurut data Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), pada tahun 2022, lebih separuh daripada sekolah di Sabah di senaraikan sebagai daif.

Prasarana sekolah yang baik dan lengkap boleh menjadikan sesi pembelajaran lebih kondusif dan selesa untuk para pelajar dan guru. Seterusnya, ini boleh meningkatkan motivasi serta prestasi pencapaian pelajar.

Ketika ini, Sabah merekodkan pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terendah negara.

Sekiranya prestasi pencapaian pelajar Sabah kekal rendah, ini sudah pasti akan merencatkan agenda pembangunan modal insan untuk mendokong pembangunan Sabah.

Selain itu, peruntukan turut di sediakan untuk pendidikan anak-anak autistik, di mana sebuah Pusat PERMATA dan sebuah sekolah pelajar berkeperluan khas akan di bina di Sabah.

KETERJAMINAN MAKANAN

Namun, di sebalik peruntukan besar ini, masih banyak cabaran yang dihadapi oleh rakyat Sabah, terutama dalam industri padi yang berdepan dengan penurunan kadar sara diri (SSL) beras kepada 22%. Peruntukan RM 65 juta untuk industri ini dirasakan tidak mencukupi.

Tahun1980-an19902000200420102019Kini
SSL Beras51 %27 %34 %41 %24 %27 %22 %

Situasi ini telah menyebabkan Sabah terpaksa bergantung tinggi kepada beras import untuk memenuhi keperluan tempatan. Menurut data Jabatan Pertanian Sabah, pada tahun 2021, Sabah telah mengimport beras sebanyak 261,672 MT, dengan nilai RM 534.35 juta

Pada Mei 2023, Timbalan Perdana Menteri Malaysia mengumumkan bahawa FELCRA akan membangunkan estet padi seluas 6,000 hektar di Sabah. Namun, dana RM 65 juta yang diperuntukkan untuk Sabah dan Sarawak didapati tidak mencukupi. Dua tahun lalu, Timbalan Ketua Menteri Sabah menyatakan bahawa RM 10 bilion diperlukan untuk membangunkan industri padi, termasuk bagi pengairan, jentera, dan subsidi pertanian.

Peruntukan yang kecil ini dijangka tidak mampu memberi impak besar terhadap agenda keterjaminan makanan di Sabah, dan kemungkinan besar sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan negeri sukar dicapai.

Kerangka Insentif Pelaburan Baharu

Sabah JUGA telah dikenal pasti sebagai salah satu lokasi utama untuk perkumpulan ekonomi tenaga boleh baharu (renewable energy).

Di samping itu, insentif cukai istimewa akan ditawarkan kepada pelabur dalam 21 sektor ekonomi di beberapa negeri, termasuk Sabah.

Insentif ini dijangka menarik lebih banyak pelaburan ke Sabah, sekali gus merancakkan ekonomi tempatan serta menyediakan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan bagi rakyat negeri itu.

Walaupun rakyat Sabah masih menunggu hak mereka dipenuhi sepenuhnya, peruntukan besar dalam Belanjawan 2025 memberi sedikit kelegaan bahawa kerajaan Malaysia prihatin terhadap isu-isu yang dihadapi Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Taman Pulau Sipadan kutip hasil lebih RM16 juta sejak diwartakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular