HomeUtamaBuaya tembaga baham lembu ditembak mati

Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

Read Time:35 Second

LAHAD DATU: Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu berjaya menembak mati seekor buaya tembaga jantan sepanjang 14.5 kaki dipercayai telah membaham seekor lembu dalam kejadian di kawasan anak sungai di Felda Sahabat, Blok 25, Sahabat 9, di sini pada Isnin (21 Okt).

Menurut Pegawai Hidupan Liar, Silvester Saimin, berdasarkan aduan yang diterima buaya tersebut telah membaham seekor lembu di dalam ladang sawit.

“Sebaik menerima aduan tersebut, kakitangan JHL Lahad Datu bergegas ke lokasi dan mendapati seekor buaya berada di kawasan anak sungai kecil.

“Seterusnya dua das tembakan telah dilepaskan pada buaya tembaga jantan sepanjang 14.5 kaki (4.41 meter) itu.

“Bangkai buaya itu telah dilupuskan dengan cara menguburnya,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada lagi pengampunan bayaran kompaun – DBKK

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular