HomePendapatLaporan Statistik Jenayah Malaysia 2024: Kes Jenayah di Sabah dan Kebanjiran Penduduk...

Laporan Statistik Jenayah Malaysia 2024: Kes Jenayah di Sabah dan Kebanjiran Penduduk Bukan Warganegara Harus Diambil Perhatian

Read Time:2 Minute, 19 Second


Kuala Lumpur – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) baru-baru ini menerbitkan laporan Statistik Jenayah Malaysia 2024, yang memaparkan data terkini mengenai insiden jenayah di seluruh negara termasuk kategori seperti jenayah komersil, keganasan seksual, dadah, rasuah, maritim, trafik, dan pematuhan alam sekitar.

Peningkatan Sederhana Nisbah Jenayah Indeks di Peringkat Nasional
Menurut laporan ini, nisbah Jenayah Indeks negara – yang menunjukkan kes jenayah per 100,000 penduduk – mencatatkan peningkatan kecil dari 146 (2022) kepada 149 (2023).

Tahun202120222023
Nisbah Jenayah Indeks: Malaysia153146149
Jenayah Indeks: Malaysia52,97450,81352,444
    
Nisbah Jenayah Indeks: Sabah809695
Jenayah Indeks: Sabah3,4284,1014,117

Lima negeri melebihi nisbah nasional iaitu W.P. Kuala Lumpur (221), Selangor (196), Kedah (193), Pulau Pinang (193), dan Negeri Sembilan (159). Walaupun begitu, Sabah mencatatkan Nisbah Jenayah Indeks paling rendah di Malaysia selama tiga tahun berturut-turut, dengan nisbah 95 pada 2023, sedikit menurun daripada 96 pada 2022.

Jenayah Kekerasan dan Harta Benda di Sabah
Walaupun nisbah rendah, jumlah kes jenayah di Sabah masih tinggi, dengan 4,117 kes pada 2023, menduduki tempat kelima tertinggi di Malaysia selepas Selangor (13,739), Johor (5,330), Kedah (4,567), dan W.P. Kuala Lumpur (4,540). Sebahagian besar jenayah kekerasan di Sabah pada 2023 melibatkan kes rogol (42%) dan kes mencederakan (33%).

Di samping itu, kes jenayah harta benda meningkat hampir 20%, dengan kes pecah rumah dan curi mencatatkan jumlah kedua tertinggi di negara ini selepas Selangor.

Isu Kebanjiran Penduduk Bukan Warganegara di Sabah

Penduduk: SabahPendudukWarganegaraBukan Warganegara
Jumlah3.742 juta orang2.698 juta orang1.043 juta orang
Peratusan100 %72.1 %27.9 %

Laporan DOSM juga mengetengahkan isu demografi di Sabah, yang memiliki peratusan penduduk bukan warganegara tertinggi di Malaysia, iaitu hampir 30% daripada keseluruhan 3.742 juta penduduk negeri itu.

Beberapa daerah mencatatkan peratusan penduduk bukan warganegara yang melebihi penduduk warganegara, seperti Kinabatangan (78%) dan Kalabakan (67%).

Populasi bukan warganegara ini, yang sebahagian besarnya terdiri daripada individu tanpa dokumen, menghadapi cabaran pekerjaan tetap dan pendapatan mencukupi, yang mendorong segelintir mereka beralih kepada aktiviti jenayah sebagai cara bertahan.

Malah, keberadaan mereka turut memberi tekanan kepada kemudahan awam seperti air dan elektrik serta menimbulkan isu koloni setinggan dan tunggakan bil rawatan kesihatan.

Langkah Keselamatan dan Kewangan untuk Memperkasa Keselamatan Sabah
Kerajaan telah mengambil langkah tegas bagi menangani isu keselamatan di Sabah, termasuk pembinaan dua pos sempadan baharu di Bantul dan Serudung yang diumumkan dalam Belanjawan Negara 2025.

Kerajaan memperuntukkan RM19.5 bilion kepada Kementerian Dalam Negeri dan RM21.2 bilion kepada Kementerian Pertahanan, bertujuan untuk meningkatkan keselamatan, khususnya di kawasan sempadan dan pantai timur Sabah.


Walaupun nisbah jenayah indeks Sabah adalah yang terendah di Malaysia, jumlah kes yang dicatatkan masih memerlukan perhatian. Kebanjiran penduduk bukan warganegara yang tinggi boleh mendatangkan cabaran serius terhadap keselamatan dan kestabilan sosial di Sabah. Peruntukan kewangan dan pelan keselamatan terkini oleh kerajaan diharap akan membawa kestabilan yang lebih kukuh di masa hadapan

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji hadir Program Santai Rohani Anak Muda Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular