HomeUtamaGempa Bumi Kundasang : Tiada kerosakan struktur dilaporkan - JBPM

Gempa Bumi Kundasang : Tiada kerosakan struktur dilaporkan – JBPM

Read Time:42 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mengesahkan tiada sebarang kerosakan struktur dilaporkan di sekitar Pekan Ranau dan Kundasang susulan kejadian gempa bumi lemah yang berlaku awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah memaklumkan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau telah menjalankan rondaan serta pemantauan pada jam 6.35 pagi, melibatkan premis kedai, bangunan kerajaan dan kawasan tumpuan awam.

Hasil pemerhatian di lokasi serta makluman orang awam mendapati keadaan adalah terkawal dan selamat, tanpa sebarang kerosakan struktur, kecederaan mahupun insiden susulan direkodkan setakat ini.

JBPM Sabah memaklumkan bahawa pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk, selain bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan gempa susulan.

Orang ramai dinasihatkan supaya terus kekal tenang dan sentiasa berwaspada selain mengelakkan memasuki bangunan yang diragui tahap keselamatannya serta mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

RELATED ARTICLES
Utama

KKM gerakkan pasukan kesihatan sokong mangsa kebakaran di Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular