HomeUtamaTerbitkan lebih banyak buku untuk jadikan KK sebagai 'Kota Buku'

Terbitkan lebih banyak buku untuk jadikan KK sebagai ‘Kota Buku’

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : Persatuan penulis khususnya di sekitar bandaraya Kota Kinabalu disaran untuk memperbanyakkan lagi penerbitan buku bagi menjadikan Bandaraya Kota Kinabalu sebagai ‘Kota Buku’.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, aspirasi itu dilontarkan Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah Datuk Jasni Matlani sebagai usaha merancakkan penerbitan karya-karya bahasa dan sastera di negeri ini.

“Selain Datuk Jasni Matlani baru-baru ini Datuk Bandar Kota Kinabalu juga ada menekankan perkara ini. Kalau kita tidak bercita-cita kita tidak akan berusaha, saya harapkan kita dapat memperjuangkan hasrat murni ini dengan semua pihak khususnya persatuan-persatuan penulis negeri ini agar  dapat memainkan peranan untuk merealisasikannya.

“Sabah merupakan antara negeri yang mempunyai perpustakaan terbanyak dan melalui kajian yang kita buat di kementerian berhubung dengan jumlah pembaca yang datang ke perpustakaan, didapati lebih satu juta pengunjung setahun.

“Ini menunjukkan masih ramai masyarakat negeri ini masih minat dan suka dengan pembacaan buku dan mudah-mudahan usaha untuk menjadikan bandaraya ini sebagai ‘Kota Buku’ para penulis dapat memperbanyakkan penerbitan karya sastera khususnya yang berhubung dengan bahasa sekaligus menyumbang jumlah khazanah buku dan ilmu di negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Sumbangsih Bahasa dan Sastera Sabah 2024 di Menara Kinabalu di sini baru-baru ini.

Arifin yang juga Exco Agama dan Pendidikan Sabah berkata, program tersebut diadakan bagi mengeratkan hubungan para karyawan yang bernaung dalam pelbagai persatuan disamping penyampaian sumbangan kepada 15 buah persatuan penulis negeri ini.

“Selepas ini kerajaan akan meneruskan sumbangan ini berdasarkan pencapaian persatuan berkenaan bertujuan bagi merancakkan kegiatan persatuan serta penerbitan buku-buku bahasa dan sastera. 

“Sekiranya ada laporan bahawa mereka telah melaksanakan aktiviti dengan baik dan sempurna, ada karya, ada hasil kita akan tambah peruntukan supaya gerakan cergas dan cerdas dalam sastera ini dapat kita laksanakan di negeri ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular