HomeUtamaDr. Velerie Wheelervon Primus Dinobatkan Sebagai Pemenang Malaysia Teacher Prize 2024

Dr. Velerie Wheelervon Primus Dinobatkan Sebagai Pemenang Malaysia Teacher Prize 2024

Read Time:1 Minute, 33 Second

Kuala Lumpur — YTL Foundation, dengan sokongan daripada Global Teacher Prize dan PEMIMPIN GSL, telah mengumumkan pemenang Malaysia Teacher Prize 2024, sebuah anugerah berprestij yang memberi penghargaan kepada guru-guru luar biasa di seluruh negara baru-baru ini.

Pada tahun ini, anugerah ini telah menarik lebih daripada 2,209 permohonan dari pelbagai negeri di Malaysia, mencerminkan semangat dan dedikasi lebih 180,000 guru dalam membentuk generasi akan datang.

Majlis anugerah yang berlangsung di Kuala Lumpur telah menyaksikan Dr. Velerie Wheelervon Primus, seorang pendidik berdedikasi dari Sekolah Kebangsaan Bingkor di Sabah, dinobatkan sebagai pemenang utama.

Menurut YTL Foundation, Guru berkenaan dipilih diatas keyakinannya yang mendalam terhadap potensi pelajar-pelajar berkeperluan khas serta kaedah pengajaran yang inovatif yang digunakannya dalam bilik darjah.

Dr. Velerie berjaya memenangi hadiah wang tunai bernilai RM50,000 dan akan menerima peluang pembangunan profesional yang bernilai bagi memperkasa lagi kemahirannya sebagai pendidik, sumbangan yang disediakan oleh PEMIMPIN GSL katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu Dr. Velerie meluahkan rasa syukur dan rendah diri atas penghargaan yang diterimanya, melihatnya sebagai bukti kepada advokasi beliau dalam menyediakan pendidikan terbaik untuk kanak-kanak neurodivergen.

Anugerah ini, katanya, adalah pengiktirafan kepada usaha kerasnya dan memberi dorongan untuk terus memperjuangkan kurikulum pendidikan khas yang inklusif. Beliau kini bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan beberapa organisasi pendidikan untuk memperbaharui kurikulum tersebut.

Anugerah ini memperkukuh lagi semangat Dr. Velerie dalam misinya untuk memastikan kanak-kanak berkeperluan khas mendapat peluang pendidikan yang sebaik mungkin katanya.

Selain itu, empat finalis lain turut diberi penghargaan atas sumbangan mereka dalam dunia pendidikan, masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,000. Keempat-empat mereka diiktiraf atas usaha berterusan mereka dalam memperkasa pelajar dan memainkan peranan penting dalam memperkasa pendidikan di Malaysia.

Majlis penganugerahan Malaysia Teacher Prize 2024 ini diharap dapat memberikan inspirasi kepada lebih ramai pendidik untuk terus berkarya dengan penuh dedikasi dan mencipta impak positif dalam dunia pendidikan negara.

RELATED ARTICLES
Utama

PPS hasrat perkasa wanita muda sebagai pelapis dalam pembuat keputusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular