HomeUtamaKerajaan Madani wajar perkenal "Tiket Rahmah" penerbangan wilayah Borneo, Semenanjung - Masiung

Kerajaan Madani wajar perkenal “Tiket Rahmah” penerbangan wilayah Borneo, Semenanjung – Masiung

Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Madani wajar memperkenalkan inisiatif ‘Tiket Rahmah’ susulan kenaikan mendadak tiket penerbangan bagi laluan domestik Sabah – Sarawak – Labuan – Semananjung.

Cadangan itu dikemukan Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah memandangkan isu itu boleh menjejaskan integrasi nasional dalam industri pelancongan tempatan.

Berikutan kontroversi yang menekan rakyat itu, kenaikan harga tiket pastinya membebankan pelancong domestik berkunjung antara tiga wilayah Borneo dan Semenanjung.

” Kenaikan tambang tahap gaban ini bukan sahaja merenggangkan hubungan integrasi nasional malah mendorong rakyat tempatan memilih tambang lebih murah ke negara jiran sebagai destinasi pelancongan, ” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Masiung berkata, minggu lalu sahaja harga tiket penerbangan laluan sehala antara Sabah dan Semenanjung ada kalanya mencecah sehingga RM1,700 berbanding ke Manila, Jakarta dan Singapura cuma antara RM550 hingga RM700 sahaja.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) itu berkata, kenaikan mendadak penerbangan domestik itu bakal menjejaskan industri pelancongan tempatan kerana rakyat lebih tertumpu berbelanja dengan tambang lebih murah bercuti ke luar negara.

Menurut Masiung, keadaan ini sudah tentu wang rakyat lebih banyak mengalir ke luar negara sekali gus merugikan industri pelancongan domestrik.

” Syarikat penerbangan tempatan mempunyai seribu alasan untuk meraih keuntungan, kerana mereka tahu tiada cara lain untuk melancong antara Semenanjung dan wilayah Borneo kecuali menaiki pesawat.

” Satu-satunya cara terbaik, kerajaan perlu mewujudkan inisiatif bagi memperkenalkan ‘tiket Rahmah’ dengan harga lantai serendah yang mampu untuk rakyat marhaen, ” tegasnya.

Sementara itu, Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak turut membangkitkan isu itu di Dewan Negara minggu ini selain mempertikaikan gangguan penerbangan tertangguh (delayed flight) antara 2 sehingga 4 jam lamanya.

Mereka mahu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke cakna menangani isu itu selain menambah kekerapan jadual penerbangan ke wilayah Borneo.

Antara Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak yang membangkitkan isu kenaikan mendadak tambang penerbangan domestik di Dewan Negara minggu ini ialah Willie Mongin (GPS-Puncak Borneo), Sophia Brodie (GPS-Sri Aman) dan Datuk Seri Bung Moktar Radin (Umno- Kinabatangan).

RELATED ARTICLES
Utama

IKMa komited bimbing koperasi dalam penggunaan teknologi AI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular