HomeUtamaDua individu tempatan ditahan reman miliki syabu lebih 500g

Dua individu tempatan ditahan reman miliki syabu lebih 500g

Read Time:1 Minute, 6 Second

PENAMPANG: Dua individu tempatan ditahan reman miliki dadah jenis methamphetamine (syabu) seberat 501.29 gram dianggarkan bernilai RM16,000.

Syabu seberat 501.29gram yang dirampas di daerah Penampang.

Kedua-dua suspek seorang lelaki dan wanita berumur dalam lingkungan 20-an itu telah berjaya ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Penampang pada jam lebih kurang 3.30 petang semalam (31 Okt) di daerah penampang.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua suspek, pihak polis telah berjaya merampas sepuluh paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis methamphetamine (syabu) seberat 501.29 gram dalam simpanannya yang dianggarkan bernilai RM16,000.00 mengikut harga pasaran secara keseluruhan.

“kedua-dua suspek turut didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphethamine setelah ujian saringan awal air kencing dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta dadah berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika tidak dihukum mati, disebat tidak kurang 15 sebatan, jika disabitkan kesalahan.

“kes juga disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Suspek kini ditahan reman.

“Pihak polis menyeru kepada masyarakat agar tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah dan terus menjadi mata serta telinga polis dalam menyalurkan maklumat bagi membanteras gejala dadah,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular