HomeSukan222 pelajar SSMS terima sumbangan KBS Sabah

222 pelajar SSMS terima sumbangan KBS Sabah

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Seramai 222 pelajar Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) di sini menerima sumbangan saguhati sebanyak RM111,000.

Sumbangan yang disalurkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah itu adalah bagi membantu meringankan beban pelajar di sekolah berkenaan.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, pelajar yang terlibat masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM500 setiap seorang.

“Untuk hari ini, kementerian saya akan menyampaikan saguhati berbentuk bantuan kewangan kepada semua pelajar-pelajar anak kelahiran Sabah.

“Saya berharap bantuan tidak seberapa ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban atlet-atlet pelajar semua untuk membeli keperluan pembelajaran khususnya buku untuk menambah ilmu pengetahuan,”‘ katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Lawatan Turun Padang ke SSMS di sini hari ini.

Pelajar yang terlibat pada majlis itu meliputi atlet sukan akuatik iaitu renang dan terjun, atlet angkat berat, bola sepak, hoki, memanah dan olahraga.

Ellron berkata, lawatan itu adalah bagi membuka ruang kepada pihaknya untuk berinteraksi dengan pihak pengurusan sekolah, jurulatih serta para pelajar.

“Sekurang-kurangnya kami tahu apa keperluan dan kekangan yang dihadapi oleh para pelajar yang sanggup berada jauh dari keluarga demi untuk mengejar cita-cita menjadi seorang atlet yang berjaya seterusnya mengharumkan nama Sabah dan Malaysia di persada antarabangsa dan dunia.

“Saya percaya, peluang ini juga sudah pasti akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara semua yang terlibat termasuk kementerian saya melalui MSN Sabah sebagai pemantau kami dengan sekolah-sekolah sukan yang kami lawat,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC beraksi tanpa 6 pemain utama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular