HomeUtamaAutonomi pendidikan di Sabah perlu diberikan sepenuhnya

Autonomi pendidikan di Sabah perlu diberikan sepenuhnya

Read Time:2 Minute, 5 Second

Oleh SABAH MEDIA TEAM

Kota Kinabalu : Autonomi terhadap bidang pendidikan di negeri ini perlu diberikan sepenuhnya dalam memacu pembangunan modal insan Sabah dengan lebih baik.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Silam  Datuk Mizma Appehdullah berkata, pendekatan itu adalah bagi membolehkan jurang pendidikan yang wujud antara Sabah dan Semenanjung dapat dirapatkan namun tidak menggugat atau mengubah dasar pendidikan Nasional yang sudah ditetapkan.

“Oleh itu, autonomi Pendidikan yang ingin saya cadangkan agar kita wujudkan kembali peperiksaan untuk darjah enam dan tingkatan tiga yang mungkin boleh dinamakan sebagai Peperiksaan Rendah Wilayah Sabah (PRWS) dan Peperiksaan Menengah Wilayah Sabah (PMWS).

“Jika ada pelajar yang kurang cemerlang, kita berikan kelas tambahan SMJ percuma dan jika ada pelajar yang cemerlang kita berikan biasiswa SMJ kepada mereka. Semua ini tidak mustahil sekiranya kita berjaya mewujudkan kelas digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bagi menyokong usul pendidikan pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Mizma berkata, seramai 984 pelajar tidak hadir untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu dan angka itu belum dikira jumlah anak-anak Sabah yang tidak sambung sekolah di peringkat sekolah menengah. 

Katanya, hal itu sangat membimbangkan dan pewujudan Peperiksaan Sijil Pendidikan Wilayah Sabah yang dioperasikan dalam kelas digital akan memudahkan pengelasan pelajar dan sekaligus menentukan sama ada mereka boleh menceburi STEM ataupun Sastera. 

“Ini secara tidak langsung akan memastikan pelaburan bidang STEM dinikmati oleh anak-anak Sabah dan saya amat menyokong kewujudakn kelas digital di seluruh sekolah-sekolah Wilayah Sabah.

“Jika autonomi pendidikan dilaksanakan, akhirnya anak-anak kita juga yang menikmatinya. Kita mahu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dikenali bukan sahaja sebagai parti politik tetapi merupakan satu jenama yang meniti di bibir dan hati setiap rakyat Sabah

“GRS inilah ibu dan bapa kepada kecemerlangan anak-anak Wilayah Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Mizma turut mencadangkan agar autonomi pengambilan dan penempatan guru-guru di negeri ini diberikan sepenuhnya kepada Sabah.

Beliau tidak mahu Sabah ini sebagai makmal ujian guru-guru baharu terutamanya daripada Semenanjung.

“Guru lama yang sudah bekerja cemerlang, tiba-tiba dipindahkan pula ke Semenanjung dan diganti lagi dengan guru baru yang kurang berpengalaman dan proses ini terus berulang di Sabah.

“Oleh itu, autonomi pendidikan yang saya cadangkan, akan mengawal daripada kes perpindahan guru cemerlang ini terus berlaku. Mungkin dengan autonomi ini, secara tidak langsung telah mengutamakan anak-anak Sabah yang memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda, diserap terus sebagai guru tetap sekolah-sekolah di seluruh Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan curi kabel punca gangguan bekalan di Kinarut

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular