HomeUtamaPertahan parti dari sebarang fitnah, dakyah palsu - Fairuz

Pertahan parti dari sebarang fitnah, dakyah palsu – Fairuz

Read Time:1 Minute, 22 Second

Oleh SABAH MEDIA TEAM

Kota Kinabalu: Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) perlu menjadi perisai dalam mempertahankan parti daripada sebarang ancaman fitnah dan dakyah palsu yang berleluasa.

Ketuanya Datuk Fairuz Renddan berkata, masyarakat kini sering melihat fitnah dan berita palsu yang disebarkan dengan mudah melalui pelbagai platform

“Ini memberi cabaran besar kepada kita, kerana ada pihak-pihak yang sengaja menyebarkan berita tidak benar semata-mata untuk mencemarkan nama baik parti dan kepimpinan, khususnya terhadap Presiden kita yang dihormati.

“Kita perlu sedar bahawa fitnah ini boleh melemahkan keyakinan rakyat terhadap parti. Oleh itu, pemuda perlu tegas dan berani bangkit untuk memerangi fitnah dan menghapuskan salah tanggapan yang dilemparkan kepada parti kita.

“Kita mesti memperlihatkan kepada masyarakat bahawa pemuda Parti Gagasan Rakyat adalah benteng yang kukuh dalam mempertahankan maruah parti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Tahunan Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Fairuz yang juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah berkata, semua ahli perlu bersatu dan mengukuhkan jaringan di akar umbi agar setiap propaganda dan fitnah dapat ditangkis dengan fakta serta kebenaran.

Katanya, dalam menghadapi cabaran ini, pemuda parti mesti proaktif dalam menggunakan media sosial dan platform komunikasi yang ada untuk menyampaikan mesej kita dengan berkesan kepada rakyat.

“Kita perlu memastikan bahawa setiap berita palsu yang tersebar dapat dijawab dengan fakta yang sahih dan jelas, agar rakyat tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang tidak berasas.

“Oleh itu, saya menyeru seluruh barisan pemuda untuk sentiasa bersiap siaga, berpegang teguh kepada prinsip kebenaran, dan memastikan setiap tindakan kita sentiasa berpandukan keikhlasan dan amanah yang diberikan oleh rakyat kepada kita,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

G57 Desak Siasatan Terhadap Video Tular dan Dakwaan Konspirasi di Sabah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular