HomeUtamaKKIA bakal dinaik taraf bermula tahun ini

KKIA bakal dinaik taraf bermula tahun ini

Read Time:1 Minute, 51 Second

Kota Kinabalu : Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bakal dinaik taraf bermula tahun ini dengan kos perbelanjaan bernilai RM442.30 juta.

Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam satu kenyataan memaklumkan, projek itu dijangka mengambil masa 48 bulan dengan fasa pra- pembinaan bermula tahun ini dan dijangka siap pada 2027.

Projek itu dibiayai sepenuhnya dengan inisiatif pembiayaan swasta oleh Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) tanpa melibatkan jaminan Kerajaan.

“Jemaah Menteri pada 8 November lalu telah meluluskan cadangan projek naik taraf KKIA MAHB.

“Antara skop projek naik taraf ini adalah melibatkan pembesaran terminal utama bagi menambah kapasiti terminal dari sembilan juta kepada 12 juta penumpang setahun dalam memastikan pengalaman perjalanan penumpang yang selesa dan lancar.

“Selain itu, projek itu juga turut melibatkan kemudahan baharu seperti pembinaan kawasan parkir bertingkat dan tambahan tujuh ruangan parkir pesawat (apron),” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

MOT berkata, infrastruktur sokongan turut dilaksanakan terutama penambahbaikan jalan raya sekitar lapangan terbang dan penggunaan teknologi hijau.

Tambah kenyataan itu lagi, projek itu turut mengadaptasi Teknologi Airport 4.0 dengan mengintegrasikan automasi dan teknologi canggih untuk meningkatkan kecekapan operasi.

KKIA kini berkapasiti sembilan juta penumpang setahun (MPPA) menjadikannya lapangan terbang kedua tersibuk di Malaysia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pada tahun 2019, KKIA telah mencatat kapasiti penumpang sebanyak 9.4 MPPA, melebihi kapasiti semasa.

“Walaupun penurunan dicatatkan pada 2020 dan 2021 akibat pandemik COVID-19, jumlah penumpang kembali meningkat pada tahun lalu kepada 7 MPPA.

“Berdasarkan unjuran, jumlah ini dijangka meningkat kepada 12.4 mppa menjelang 2034. Sehingga Oktober 2024, KKIA telah mencatat jumlah penumpang sebanyak 6.6 juta, meningkat 13.4 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu,” tambah kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, MOT berkata, projek menaik taraf KKIA ini adalah satu komitmen kerajaan dalam memastikan infrastruktur di Sabah memenuhi keperluan semasa tetapi juga bersedia menghadapi permintaan masa depan.

“MOT yakin pelaburan ini bukan sahaja akan memberi pulangan kepada MAHB, tetapi juga akan membuka pintu peluang dan kemakmuran untuk rakyat Sabah dan negara kita.

“MOT turut menghargai sokongan daripada Kerajaan Negeri Sabah dan MAHB dalam menjayakan projek ini. Kementerian akan terus melibatkan pihak berkepentingan bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan memberikan impak positif kepada negeri Sabah dan negara,” tambah kenyataan itu lagi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular