HomeSukanDUN Sabah : Kemudahan sukan luar bandar akan dibina, selenggara tahun depan

DUN Sabah : Kemudahan sukan luar bandar akan dibina, selenggara tahun depan

Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah akan membina dan menyelenggara kemudahan-kemudahan sukan luar bandar khususnya melibatkan gelanggang sukan komuniti.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, ia adalah selaras dengan perancangan KBS Sabah agar peruntukkan belanjawan 2025 sebanyak RM90.17 juta Perbekalan dan RM11.29juta Pembangunan dapat diguna sebaiknya.

Katanya, kemudahan- kemudahan sukan itu amat diperlukan bagi menggalakkan masyarakat bersukan dan dapat meningkatkan bakat belia yang berpotensi mewakili negeri dalam bidang Sukan Prestasi Tinggi dan Sukan Para.

“Selain itu, KBS Sabah juga akan memberi bantuan peralatan sukan kepada persatuan dan kelab sukan bagi memastikan program-program sukan akan sentiasa berkembang maju. Kementerian saya juga akan menganjurkan sukan massa dan sukan tradisi secara kolaborasi dengan  persatuan  dan  kelab  sukan  di  beberapa  daerah  di Sabah.

“KBS juga akan turut menaiktaraf dan menyelenggara kemudahan-kemudahan yang terdapat di kompleks-kompleks sukan dan arena-arena belia seperti gelanggang-gelanggang sukan dan bangunan yang telahpun dikenalpasti.

“Pemberian geran kepada kelab belia akar umbi yang berdaftar dengan pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (eROY) juga akan turut dilaksanakan. Geran dan bantuan ini akan membolehkan kelab belia mengadakan aktiviti tahunan mereka supaya kelab mereka kekal aktif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat penggulungan Kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Ellron berkata, pemberian geran dan bantuan kewangan ini adalah di bawah Program Hak Upaya Pengurusan Kelab Belia.

Katanya, Kementeriannya juga akan meneruskan program Felo SMJ dan Dewan Belia Sabah di mana kedua-dua program ini telah berjaya memberi pendedahan kepada anak-anak muda mengenai dasar-dasar kerajaan dan kesedaran  mengenai literasi politik Undi 18 tahun.

“Program pembangunan modal insan belia dengan melaksanakan aktiviti seperti Kepimpinan, Sukarelawan, Pendidikan, Sosial, Jati Diri, Integrasi Belia dan Perkongsian Data Belia akan dilaksanakan pada tahun depan.

“Bagi menjayakan program ini, Kementerian saya akan bekerjasama dengan Kementerian- kementerian dan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan,” katanya.

Dalam pada itu, Ellron berkata, pelbagai perancangan lain akan turut dilaksanakan pada tahun depan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Ukraine Mohon Malaysia Untuk Memperluaskan Bantuan Kemanusiaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular