HomeUtamaMasidi jawab isu sukuk dan SMJ Energy dibangkitkan Adun Senallang

Masidi jawab isu sukuk dan SMJ Energy dibangkitkan Adun Senallang

Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun, hari ini memberi penjelasan terperinci berhubung penerbitan sukuk bernilai RM900 juta oleh SMJ Energy (SMJE) yang bertujuan untuk menyelesaikan hutang syarikat itu kepada Sabah Development Bank (SDB).

Dalam sesi Dewan Undangan Negeri, beliau menjawab pertanyaan yang dibangkitkan oleh Adun Senallang Datuk Seri Panglima Shafie Apdal yang kerap kali membangkitkan perkara berkenaan , dengan menegaskan bahawa langkah ini merupakan strategi kewangan penting untuk memastikan kelangsungan SMJE dan SDB.

Menurut Masidi, SMJE berdepan kos faedah tahunan sebanyak RM60 juta jika terus membayar hutang melalui kaedah sedia ada. Melalui sukuk ini, beban faedah dapat dikurangkan secara signifikan, sekaligus menyelamatkan kewangan SMJE daripada terus tertekan.

“Betul kata Yang Berhormat, hutang atas hutang. Tetapi kita perlu pilih mana yang lebih baik – membayar faedah RM60 juta setahun atau menyusun semula hutang agar lebih terurus. Ini satu langkah strategik,” katanya.

Menurut Masidi lagi Sabah Development Bank (SDB) bukan bank simpanan yang mempunyai pelanggan tetap. Dana yang dimiliki SDB datang daripada deposit kerajaan negeri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Oleh sebab itu, SDB juga meminjam daripada pasaran kewangan untuk memberi pinjaman kepada pihak lain, termasuk SMJE. Jika kita gagal menyelesaikan hutang ini, implikasinya akan turut menjejaskan kewangan SDB,” katanya.

Tambah Masidi lagi, sekiranya SDB mengalami kerugian akibat hutang yang tidak dibayar, tanggungjawab akhir tetap terletak pada kerajaan negeri sebagai pemilik terakhir institusi itu.

Beliau menegaskan bahawa strategi penerbitan sukuk ini bertujuan menyelamatkan kedua-dua entiti, iaitu SMJE dan SDB, daripada terus terjejas.

“Kita tidak mahu kedua-duanya hancur. Dengan sukuk ini, SMJE boleh membayar hutang kepada SDB, dan SDB pula dapat mengurangkan kos pembiayaannya, menjimatkan sehingga RM30 juta setahun. Ini adalah strategi untuk menyelamatkan kedua-duanya,” jelasnya.

Dalam pada itu, masidi turut menjelaskan mengenai keuntungan jangka Panjang yang akan diperolehi

Katanya bagi memastikan SMJE dapat terus menjana pendapatan daripada faedah 10% yang diperoleh daripada pelaburannya dalam projek lain, seperti LNG.

“Inilah rasional penerbitan sukuk ini supaya SMJE tidak hanya membayar hutang tetapi juga dapat memulihkan kewangannya untuk manfaat jangka panjang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Masidi Jelaskan Kompleksiti Pengurusan Peruntukan Pusat ke Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular