HomeUtamaLelaki ditemui mati dipercayai dibunuh, suspek berjaya ditahan

Lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh, suspek berjaya ditahan

Read Time:1 Minute, 13 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

BEAUFORT: Seorang lelaki ditemui mati tertiarap berlumuran darah oleh orang awam dipercayai telah dibunuh di kawasan semak di belakang perkampungan di Kampung Balibata dekat sini pada Rabu.

Wong Leong Meng

Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintendan Wong Leong Meng berkata, pihak polis tiba di lokasi kejadian pada jam 2 pagi tadi (21 Nov) sebaik sahaja menerima maklumat berkenaan penemuan mayat itu.

Katanya, mangsa seorang lelaki dipercayai warga Filipina dan tidak mempunyai sebarang dokumen diri.

“Hasil siasatan oleh pihak polis mendapati, mangsa seorang lelaki berumur lingkungan 30-an dan ditemui dalam keadaan tertiarap lengkap berpakaian di atas tanah yang berlumuran darah.

“Turut ditemui dua kesan tetakan di bahagian siku lengan sebelah kiri dan di bahagian belakang leher mangsa yang mana kesan luka ini dipercayai disebabkan tetakan oleh senjata tajam,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurut Wong, selepas OP Tutup serta OP Kesan yang dilancarkan oleh beliau sendiri selaku Ketua Polis Daerah Beaufort bersama sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort dan sepasukan polis dari Siasatan Khas D9 Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah telah berjaya mengesan dan menangkap suspek kurang daripada 24 jam selepas kejadian.

“Suspek seorang lelaki berumur lingkung 70-an warga Filipina yang tidak mempunyai sebarang dokumen diri di kawasan berhampiran sekitar Kg Balibata, Beaufort.

“Turut dirampas senjata yang digunakan oleh suspek dalam kejadian ini. Kejadian ini dipercayai bermotifkan dendam.

“Suspek kini ditahan untuk membantu siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : LTT kekal sebagai lapangan terbang domestik selepas siap...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular