HomeUtamaWanita GRS serah sumbangan mangsa kebakaran Kg Teguli

Wanita GRS serah sumbangan mangsa kebakaran Kg Teguli

Read Time:51 Second

PUTATAN : Lapan keluarga mangsa kebakaran Kampung Teguli di sini menerima sumbangan tunai daripada Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Wanita Parti Gagasan Rakyat bahagian Tanjong Keramat.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Azizah Mohd Dun di Dewan Sri Putatan pada Jumaat.

Menurut Azizah walaupun  kebakaran adalah sebagai satu malapetaka yang tidak dapat dielak, tetapi semua pihak perlu sentiasa bersikap berwaspada dan berhati-hati supaya kejadian seperti itu tidak berulang.

“Kita berharap masyarakat setempat agar berhati-hati menjaga aspek keselamatan terutama ketika musim panas yang boleh menyebabkan  kebakaran mudah merebak dengan cepat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa.

Hadir sama Ketua Wanita Gagasan Rakyat Tanjong Keramat, Salmah Sait, Pegawai Kebajikan Daerah Nuslindah KK Imbran, Ketua Penerangan GRS, Vyonne Yong serta Wanita Gagasan Rakyat Tanjong Keramat.

Pada Rabu lalu, empat rumah di Kampung Teguli, Jalan Ramayah dekat sini, musnah dalam kebakaran mengakibatkan lebih 19 penghuni tinggal sehelai sepinggang.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan kepada mangsa dilaporkan dalam kebakaran itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Isu Pelantikan TYT Sabah: KEADILAN Sabah seru hormati perlembagaan, henti sebar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular