HomeUtamaPM Tegaskan Pengkhianatan Terhadap Kedaulatan Negara Tidak Boleh Dipandang Ringan

PM Tegaskan Pengkhianatan Terhadap Kedaulatan Negara Tidak Boleh Dipandang Ringan

Read Time:1 Minute, 5 Second

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pengendalian kes Batu Puteh, Batuan Tengah, dan Tubir Selatan melibatkan isu serius yang tidak boleh dipandang ringan. Beliau menekankan bahawa sebarang tindakan melibatkan kehilangan kedaulatan negara merupakan pengkhianatan besar yang memerlukan tindakan segera.

Menurut Anwar, siasatan RCI telah mengungkap kelemahan dan tindakan yang boleh disifatkan sebagai menggadaikan tanah air. “Setiap inci tanah kita adalah tanggungjawab untuk dipertahankan habis-habisan. Malangnya, ada unsur pengkhianatan yang telah didedahkan oleh RCI,” katanya selepas menunaikan Solat Jumaat di Presint 14, hari ini.

Beliau juga menegaskan keperluan untuk menghormati proses undang-undang dalam menangani isu ini.

Laporan RCI dan Cadangan Tindakan
Pada Khamis, laporan akhir RCI telah diedarkan kepada Ahli Parlimen dan menyarankan siasatan jenayah terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berhubung keputusan pada 2018 untuk menarik balik permohonan pembatalan keputusan Mahkamah Antarabangsa (ICJ). Keputusan tersebut menyebabkan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura.

dalam laporan RCI setebal 217 muka surat itu, ianya menyarankan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan, dengan hukuman mengikut Seksyen 417 dan Seksyen 418 . Ia turut mencadangkan agar laporan polis dibuat oleh setiausaha suruhanjaya bagi memulakan siasatan lanjut.

Laporan tersebut telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 12 Ogos lalu oleh Pengerusi RCI, Tun Md Raus Sharif.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular