HomeUtamaKeningau diisytiharkan kawasan bencana banjir, satu PPS dibuka

Keningau diisytiharkan kawasan bencana banjir, satu PPS dibuka

Read Time:58 Second

Kota Kinabalu : Daerah Keningau diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan dan kenaikan paras air sungai di paras bahaya hari ini.

Pegawai Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Keningau Peter Jonu @ J.Moinjil dalam satu kenyataan berkata, pengisytiharan itu dibuat pada jam 1 pagi pada Khamis.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Keningau.

“Pengisytiharan bencana dibuat pada jam 1 pagi hari ini (Khamis),” katanya dalam kenyataan di sini.

Peter berkata, berikutan itu, pengoperasian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Koningau Majlis Daerah Keningau diaktifkan sepenuhnya.

Dalam pada itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Keningau dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai 66 mangsa terjejas banjir melibatkan 16 ketua isi rumah (KIR) dipindahkan ke PPS setakat jam 1 pagi tadi.

Dari jumlah itu, seramai 18 orang melibatkan lelaki dewasa; 15 perempuan dewasa; 12 kanak-kanak perempuan; tujuh kanak-kanak lelaki; enam warga emas lelaki; empat warga emas perempuan; dua orang kelainan upaya (OKU) lelaki dan masing-masing satu bayi lelaki dan perempuan. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Terlepas tali gantung, pemuda syukur dapat pulang beraya bersama keluarga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular