HomeIsu tempatanKomuniti Cina di Sabah main peranan bantu pembangunan negeri

Komuniti Cina di Sabah main peranan bantu pembangunan negeri

Read Time:1 Minute, 6 Second

Keningau : Komuniti Cina khususnya di negeri ini memainkan peranan besar terutama kepada bidang ekonomi dan perniagaan yang banyak membantu memajukan sesebuah kawasan.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, ia termasuklah membantu kepada pembangunan negara dan negeri Sabah khususnya.

“Komuniti Cina telah menyumbang dan memainkan peranan besar kepada negara sejak awal pembentukan negara Malaysia.

“Jika di Sabah ia tidak perlu lagi dinafikan peranan dan sumbangan mereka. Penguasaan mereka dalam bidang ekonomi dan perniagaan telah membantu memajukan sesebuah kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina oleh Masyarakat Cina Kampung Andip Tengah Sook di sini semalam.

Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook berkata, pihaknya turut menyeru agar kaum-kaum lain terutamanya kaum dan subetnik KDMR haruslah mencontohi dan mengikuti kegigihan dan kerajinan komuniti cina terutamanya dalam menguruskan perniagaan mereka sehingga berjaya.

Beliau turut menekankan kepentingan meraikan bersama perayaan ini dan perayaan-perayaan lainnya untuk lebih memahami dan memupuk perpaduaan yang lebih erat.

“Ini seterusnya dapat mewujudkan suasana harmoni dan akrab dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum,” katanya.

Terdahulu majlis  yang diadakan di perkarangan rumah Peter Chen, Kampung Ansip Tengah turut diserikan dengan pelbagai persembahan dan tarian kebudayaan Tionghua.

Turut hadir dalam majlis itu Penolong Pegawai Daerah Sook Caroline Benjamin Jiungan dan Ketua Balai Polis Sook SM Sius @ Albasius Sutin.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Mangsa kebakaran Kampung Cempaka Likas terima sumbangan air minuman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular