HomeUtamaCOVID-19: Sabah Catat 962 Kes Positif Baharu

COVID-19: Sabah Catat 962 Kes Positif Baharu

Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Buat pertama kalinya sejak 4 Ogos tahun ini jumlah kes positif COVID-19 di Sabah turun dibawah paras angka 1,000 kes iaitu 962 kes dicatatkan hari ini (25 September). Jumlah ini merupakan satu penurunan sebanyak 311 kes berbanding semalam.

Manakala kes kematian sebanyak 19 kes dilaporkan pada hari ini iaitu tujuh kes di Sandakan, tiga kes di Kota Kinabalu, dua kes di Tenom dan Kota Marudu manakala masing-masing satu kes di Lahad Datu, Tawau, Papar, Kinabatangan dan Kunak.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, hari ini Sabah mencatatkan jumlah kes positif COVID-19 baharu di bawah paras angka 1000 iaitu 962 kes, walaupun kes menurun tapi masih terlalu awal untuk meramalkan samada trend penurunan ini akan berterusan.

Walau bagaimanapun, Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 492 kes atau 51.1%, Saringan Bergejala 368 kes atau 38.3%, enam kes atau 0.6% daripada Saringan Kluster, sifar kes dari Saringan Bersasar dan 96 kes atau 10.0% melalui Saringan Lain-lain.

Menurut Masidi, peratusan tinggi jumlah pesakit kategori saringan bergejala adalah satu peringatan agar kita semua meningkatkan usaha mematuhi SOP.

“Selain kes-kes bergejala yang juga dikenali sebagai kes-kes sporadik sering dikaitkan dengan kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan penjagaan kesihatan diri,” jelas Masidi.

“Hari ini 38.3% kes di Sabah adalah daripada kategori Saringan Bergejala, satu peratusan yang agak tinggi. Sebagai perbandingan 61% kes di Lahad Datu adalah kategori Saringan Bergejala, 84.6% di Kalabakan, 44.4% di Sandakan, 45.3% di Tawau dan 37.3% di Kota Kinabalu,” tambahnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 10,000 pengunjung meriahkan pelancaran Pesta Kaamatan negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya