HomeUtamaSabah bakal jadi tuan rumah HPPNK Ogos ini

Sabah bakal jadi tuan rumah HPPNK Ogos ini

Read Time:1 Minute, 34 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Sabah bakal melakar sejarah apabila dipilih sebagai tuan rumah kepada penganjuran sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) yang dijangka akan diadakan pada Ogos tahun ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, kali terakhir Sabah menjadi tuan rumah HPPNK adalah pada 30 tahun lalu iaitu pada 1995.

Arthur ketika menyampaikan amanat kepada kakitangan dibawah KPKM di Sabah

“Satu lagi perkembangan yang menarik bagi Sabah pada tahun ini dimana Sabah telah dipilih sebagai tuan Rumah untuk HPPNK yang akan diadakan di Kota Kinabalu pada bulan Ogos tahun ini. 

“Ini merupakan kali pertama dalam 30 tahun negeri Sabah dipilih sebagai tuan rumah. Kali terakhir kita menjadi tuan rumah adalah pada tahun 1995.  Maka ini menjadi satu sejarah dan sangat penting.

“Saya harap seterusnya akan memberi sasaran kepada KPKM di Sabah untuk buat yang terbaik agar semua warga peladang penternak dan juga nelayan di negeri Sabah dapat manfaat, industri sektor pertanian kita dapat manfaat untuk meningkatkan lagi industri makanan, nelayan dan makanan, perikanan dan agromakanan kita di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan amanat amanah tahun baru 2025 bersama agensi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di Sabah di sini hari ini.

Arthur berkata, HPPNK 2025 turut dijangka menarik kehadiran ramai pengunjung dari seluruh negara dan serantau, sekali gus merancakkan ekonomi setempat serta mempromosikan Sabah sebagai hab agropelancongan.

 “Ini merupakan satu peluang keemasan untuk kita mengangkat sektor agromakanan Sabah ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Terdahulu, Arthur berkata, beliau turut berbangga atas segala pencapaian yang diperolehi agensi dibawah kementeriannya yang diperolehi pada tahun lalu.

“Ia termasuklah pembinaan dan juga menaik taraf lebih 40 buah pasar tamu di seluruh negeri Sabah. Kerja untuk membina 10 buah APCC seluruh negeri Sabah. Kita juga telah berjaya untuk memperkenalkan Smart SBB di IADA, Kota Belud dan juga beberapa lagi,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Anak buaya ditembak mati di Pantai Tanjung Aru 3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular