HomeUtamaKalabakan berpotensi sebagai pusat perhubungan strategik rantau ekonomi ASEAN Timur

Kalabakan berpotensi sebagai pusat perhubungan strategik rantau ekonomi ASEAN Timur

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kuala Lumpur : Daerah Kalabakan yang akan menjadi pintu masuk utama ke Ibu Kota Nusantara (IKN) Indonesia mempunyai potensi untuk berkembang sebagai pusat perhubungan strategik dalam rantau ekonomi ASEAN Timur.

Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, ia menerusi perhubungan antara Malaysia; Indonesia; Brunei dan Filipina dalam satu ekosistem perdagangan yang dinamik.

Namun katanya, bagi merealisasikan potensi itu, ianya memerlukan pendekatan yang lebih radikal, progresif dan inovatif.

“Maka, bagi melaksanakan hasrat ini. Saya ingin mengemukakan tiga cadangan untuk difikirkan secara bersama iaitu membangunkan Kalabakan sebagai ‘Bandar Sempadan’ dengan mewujudkan pusat dagangan rentas sempadan.

“Selain itu, mewujudkan Zon Ekonomi Khas Kalabakan- Nusantara (KEZ) sebagai koridor ekonomi baharu untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi.

“Ini termasuklah memperkasa aspek logistik dan perhubungan dengan menjadikan Kalabakan sebagai Pusat Transit dan Logistik ASEAN Timur dengan membangunkan terminal logistik bersepadu yang menghubungkan lebuh raya Pan Borneo, pelabuhan Tawau dan lapangan terbang kargo.

“Sekiranya ianya dapat dilaksanakan sudah pasti akan meningkatkan eksport barangan terutamanya hasil pertanian daripada Sabah ke IKN dan ASEAN khususnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan ucapan perbahasan menjunjung Titah Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.

Andi berkata, beliau percaya sekiranya usaha itu dapat diwujudkan ianya akan membawa paradigma baharu di dalam mentransformasi ekonomi di parlimen Kalabakan dan Sabah amnya.

Dalam pada itu, beliau amat menyokong agar wakil rakyat menjadi benteng perpaduan negara dan bukannya agen perpecahan rakyat.

“Kita mesti menyedari bahawa tanggungjawab sebagai pemimpin adalah lebih daripada sekadar menjaga kepentingan politik individu,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Enam warga Filipina mangsa bot karam diserah semula ke negara jiran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular