HomeUtamaJangan ada 'viral' dulu baru buat, konsesi diingatkan laksana tugas

Jangan ada ‘viral’ dulu baru buat, konsesi diingatkan laksana tugas

Read Time:1 Minute, 32 Second

Kota Belud: Pihak konsesi yang diberi tanggungjawab untuk menyelenggara jalan-jalan Persekutuan di daerah ini diingatkan untuk sentiasa memastikan jalan diselengara dengan baik bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan Datuk Fairuz Renddan berkata, kerja-kerja menampal jalan perlu kerap dilakukan bagi memastikan jalan raya sentiasa selamat untuk digunakan pengguna.

“Kita faham situasi dengan beberapa bulan ini hujan tidak berhenti, kita faham konsensi pun sudah mula menampal lubang-lubang yang tersebut.

“Tapi kita mengharapkan juga pihak-pihak yang terlibat terutamanya konsensi yang memegang jalan-jalan Persekutuan ini supaya tidak leka untuk melaksanakan tugas mereka.  Jadi jangan tunggu ada viral atau komplen baru buat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Back To School Gunting Rambut Percuma di sini semalam.

Dalam pada itu, Fairuz yang juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah turut meminta kontraktor yang terlibat dalam pembinaan projek Pan Borneo di kawasan Kota Belud perlu sentiasa bekerjasama memastikan laluan yang dilalui sentiasa diselenggara.

Katanya, terdapat syarikat yang melaksanakan pakej Pan Borneo laluan Sarang ke Temuno enggan bekerjasama dengan penduduk kampung bagi menyelenggara jalan yang rosak akibat jentera berat.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata, jalan yang rosak termasuk Jalan Kampung Timbang, Kg. Sarang dan Kg. Dudar.

“Di kawasan kita ada tiga atau empat syarikat yang tengah laksanakan Pan Borneo, cuma kita mahu kerjasama daripada pihak kontraktor, mana-mana jalan yang mereka lalui menggunakan lori ataupun jentera berat mestilah ada kerjasama dari segi penyelenggara.

“Jadi kita faham orang-orang kampung keretanya bukan besar ada yang kerja kecil, ada yang pecah tayar dan sebagainya.

“Jadi saya membantah mereka masuk ke kawasan itu, kerana dalam keputusan mesyuarat mereka tidak mahu bekerjasama dan tidak mahu menggunakan jalan tersebut, tetapi apa yang terjadi mereka curi-curi guna jalan tersebut,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO MEDIA FR

RELATED ARTICLES
Utama

Enam warga Filipina mangsa bot karam diserah semula ke negara jiran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular