HomePolitikKita fleksibel adakan rundingan kata Zahid Hamidi

Kita fleksibel adakan rundingan kata Zahid Hamidi

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO sangat fleksibel untuk mengadakan sebarang rundingan untuk menjalinkan kerjasama dengan parti gabungan di negeri ini demi kestabilan politik negara.

Beliau sangat terbuka untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana parti atau gabungan pada pilihan raya itu nanti termasuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Saya sebutkan bahawa pintu jangan ditutup rapat dan jangan dibuka terlalu luas. Ertinya kita sangat fleksibel untuk mengadakan perundingan dengan mana-mana parti supaya gabungan ini akan memberikan keberhasilan demi kestabilan politik khususnya di Sabah. 

“Saya nampak cahaya yang cukup terang di hujung terowong dan saya akan meneruskan tugas-tugas ini. Apa yang penting, kestabilan politik di Putrajaya itu dapat juga dirasai oleh penduduk dan orang-orang politik di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Persekitaran Lido Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Beliau ditanya bagi mengulas mengenai rundingan dengan mana-mana parti di negeri ini bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang .

Dalam pada itu Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri enggan berkongsi sama ada Barisan Nasional (BN) ada mengadakan rundingan dengan GRS berhubung kerjasama menghadapi PRN17.

“Saya tidak sepatutnya berkongsi maklumat ini,” katanya.

Selain itu, beliau juga tidak mahu mendedahkan jika ada sebarang rundingan dengan mana-mana parti lain setakat ini, termasuk dengan PH.

“Seperti yang saya katakan, kami sangat terbuka dan kita tidak sepatutnya berhenti berunding dan berbincang dengan sebarang pemimpin politik untuk kebaikan Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

UMNO Sabah Bahagian Tuaran Tegas Pertahan Autonomi dalam Penentuan Kerusi Pilihan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular