HomeUtamaNotis itu merupakan satu kempen kesedaran - Shahelmey

Notis itu merupakan satu kempen kesedaran – Shahelmey

Read Time:1 Minute, 31 Second

Sandakan : Notis pemakluman berhubung operasi pam air di seluruh Sabah yang tular di media sosial baru-baru ini merupakan satu kempen kesedaran kepada pengguna bagi memastikan kedudukan dan cara pemasangan pam air dibuat mengikut peraturan yang dibenarkan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, selain kempen kesedaran, notis itu juga akan dilaksanakan secara bersasar dan meminta pengguna agar tidak panik dan gusar.

“Sebenarnya ada kekeliruan dari notis berkenaan, dari segi realitinya memang ramai pihak yang mungkin tidak ikut peraturan cara memasang pam yang betul.  Jadi notis tersebut dikeluarkan adalah sebagai satu kempen kesedaran kepada pengguna-pengguna untuk sedar termasuk memeriksa kedudukan, cara pemasangan pam mereka.

“Bukanlah kita dalam masa esok terus akan menghukum, kita sedar, saya sendiri sejak notis tersebut ditularkan, saya sendiri banyak menerima mesej-mesej daripada whatsapp yang menunjukkan kegusaran ramai pihak malah di kalangan rakan-rakan wakil rakyat juga agak gusar tapi kita memaklumkan bahawa ini adalah satu kempen kesedaran.

“Keduanya ia akan dilaksanakan secara bersasar, jadi kita mintalah para pengguna tidak panik, tidak terlalu gusar dan cuba periksa kedudukan cara pemasangan paip anda bagi memastikan ianya dipasang dengan cara yang betul mengikut undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja sehari di daerah Sandakan di sini semalam.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, pemasangan pam yang salah akan mengganggu tekanan air bagi kawasan secara keseluruhan.

“Jadi saya minta berkaitan dengan notis tersebut ianya adalah sebagai satu kempen kesedaran, etika dan juga tentang undang-undang jadi tidak perlu terlalu gusar.

“Cuba semak dan kita akan mensasarkan tempat-tempat tertentu yang mengakibatkan masalah serius bekalan air bagi kawasan-kawasan tertentu,”‘katanya.

Terdahulu, tular satu notis pemakluman operasi pam air seluruh Sabah yang dimuat naik di Facebook Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Bagaimanapun notis berkenaan mendapat komen negatif dari pelbagai pihak. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Sabah komited bantu rakyatnya di Semenanjung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular