HomeUtama9 Daerah Berstatus 'Stand Alone District' Dinilai Semula

9 Daerah Berstatus ‘Stand Alone District’ Dinilai Semula

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan mengkaji dan menilai semula prestasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di sembilan daerah yang belum mencapai 60 peratus penduduk dewasa lengkap divaksin.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daerah yang berjaya mencapai sasaran tersebut dengan sendirinya akan beralih ke sekatan mengikut zon yang ditetapkan.

“Kerajaan negeri aakn sentiasa mengkaji dan menilai semula prestasi imunisasi di daerah yang belum mencapai 60 peratus penduduk dewasa yang lengkap divaksin.

“Daerah yang berjaya mencapai sasaran tersebut dengan sendirinya melayakkan penduduk bergerak dalam kawasan zon yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Semalam, kerajaan negeri mengumumkan sebanyak 18 daerah beralih ke sekatan mengikut zon bermula hari membabitkan lima zon manakala sembilan lagi daerah kekal dikenakan sebagai ‘Stand Alone District’.

Sembilan daerah berkenaan ialah Kinabatangan, Telupid, Tongod, Sandakan, Kalabakan, Tawau, Papar, Semporna dan Nabawan.

Dalam pada itu, Masidi berkata, kelonggaran yang dibuat adalah bagi membantu menyemarakkan semula aktiviti ekonomi rakyat yang terjejas ekoran pandemik COVID-19.

“Hari ini ialah permulaan pelaksanaan sistem rentas daerah dalam Zon. Kelonggaran ini dibuat untuk membantu menyemarakkan semula kegiatan ekonomi rakyat yang banyak terjejas oleh pandemik COVID-19.

“Kita belum memenangi peperangan melawan virus COVID-19. Adalah diharapkan kelonggaran bergerak ini akan dilihat oleh penduduk sebagai meletakkan tanggungjawab keatas bahu mereka untuk memastikan pematuhan secara total kepada semua SOP dan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Vaksin tidak melindungi kita 100 peratus daripada jangkitan virus COVID-19. Yang melengkapkan perlindungan ialah sikap kita sendiri untuk sentiasa melindungi diri kita dan keluarga kita daripada terdedah kepada jangkitan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Nashraff, Nadirah dinobatkan johan qari dan qariah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya