HomeUtamaPelajar Diingatkan Sentiasa Patuh SOP Elak Jangkitan COVID-19

Pelajar Diingatkan Sentiasa Patuh SOP Elak Jangkitan COVID-19

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU : Pelajar yang melanjutkan pengajian ke Univeristi Al-Azhar Mesir diingatkan untuk sentiasa mengikuti dan patuh kepada prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa negara itu termasuk Malaysia.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia bagi memastikan tiada penularan jangkitan wabak COVID-19 dikalangan pelajar negara ini khususnya dari Sabah.

“Saya menasihati mereka agar terus mengikuti SOP kerana dunia masih ada jangkitan COVID-19 termasuklah di Mesir. 

“Selain itu, saya juga meminta mereka agar memanfaatkan peluang yang ada di Mesir untuk menimba ilmu sebanyak mungkin serta mesti menjalin hubungan baik dengan rakan-rakan lain dari negeri lain di Malaysia termasuk pelajar antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghantar pelajar-pelajar Sabah melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) disini semalam.

Mohd Arifin berkata, para pelajar juga perlu sentiasa memberi tumpuan yang penting kepada pelajaran sepanjang mengikuti pengajian di universiti tertua di dunia itu.

“Saya juga turut mengingatkan mereka untuk sentiasa berhubung dan aktif bersama Persatuan Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir yang kami tubuhkan semasa saya berada disana. Inilah persatuan yang boleh menaungi mereka disamping sentiasa berhubung dengan kedutaan Malaysia di Mesir,” katanya.

Terdahulu, seramai 35 orang pelajar dari negeri ini mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang Usuludin, Syariah dan Bahasa Arab.

Mereka semua ditaja oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melalui bantuan Zakat dan Fitrah.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

U Mobile lancar kedai pertama di Sabah, perkukuh kehadirannya di Malaysia...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya