HomeUtamaMajlis Tahlil, Doa Selamat Sempena Hari Jadi TYT Patuh SOP

Majlis Tahlil, Doa Selamat Sempena Hari Jadi TYT Patuh SOP

Read Time:42 Second

KOTA KINABALU : Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena hari jadi rasmi ke-68 Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin disempurnakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin yang dipimpin oleh Mufti Negeri Sabah, Sahibus Samahah Datuk Bungsu Aziz Jaafar yang turut memimpin bacaan doa selamat.

Seterusnya, Bungsu menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk ‘Manhaj Rabbani, Dirgahayu Payung Negeri’ sebelum solat Jumaat yang diimamkan oleh Imam Masjid Negeri, Suhaidi Kuanting.

Sebelum berangkat pulang, Tun Juhar diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor memotong kek di perkarangan Masjid Nurul Hikmah.

Hadir sama, Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir Shahelmey Yahya, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah./Penerangan-

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular