HomeUtamaHujan lebat dijangka landa beberapa kawasan di Sabah petang ini

Hujan lebat dijangka landa beberapa kawasan di Sabah petang ini

Read Time:43 Second

Kota Kinabalu: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan melanda beberapa kawasan di Sabah petang ini 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kemaskini di Facebook memaklumkan, situasi keadaan cuaca berkenaan dijangka akan berlaku sehingga jam 9 malam ini 

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan berlaku di negeri Sabah, antaranya di Pedalaman melibatkan Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Keningau.

“Turut mengalami cuaca sama adalah di Sandakan melibatkan Tongod dan Kinabatangan sehingga jam 9  malam pada Rabu,” menurut kenyataan itu di sini.

Cuaca sama turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak dan Semenanjung.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

 Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

GLC, sektor swasta diseru tampil salur bantuan kepada mangsa banjir

Armizan merakamkan gambar bersama penduduk Kawang semasa Program Jualan Rahmah MADANI di kawasan DUN Kawang itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular