HomeUtamaEmpat syarikat 'seawalking' langgar SOP Aktiviti Rekreasi Taman-Taman Marin 2024.

Empat syarikat ‘seawalking’ langgar SOP Aktiviti Rekreasi Taman-Taman Marin 2024.

Read Time:59 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak empat buah syarikat ‘seawalking’ yang beroperasi di dua buah pulau di sini didapati telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aktiviti Rekreasi Taman-Taman Marin 2024.

Taman-Taman Sabah (TTS) dalam satu kenyataan memaklumkan, semua syarikat terlibat telah diberi tindakan peringatan mesra termasuk 10 individu yang melaksanakan aktiviti rekreasi berkenaan.

Tindakan peringatan itu telah diberikan dalam satu operasi penguatkuasaan yang dikenali sebagai Operasi Patuh TTAR (Ops Patuh TTAR).

Menurut TTS, operasi itu adalah bertujuan untuk memastikan semua pengusaha aktiviti sukan laut mematuhi SOP Aktiviti Rekreasi Taman-Taman Marin 2024.

“Pihak tindakan kepada syarikat dan individu terlibat, TTS turut mengarahkan untuk menghentikan operasi ‘seawalking’ serta merta sehingga syarat-syarat keperluan SOP dipatuhi sepenuhnya.

“TTS menegaskan agar lain-lain pengusaha pelancongan sentiasa mematuhi SOP Aktiviti Rekreasi Taman Marin 2024 demi keselamatan dan keharmonian industri pelancongan domestik,”‘menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Tambah TTS lagi, pengusaha pelancongan khususnya yang beroperasi di TTS harus sentiasa peka kerana operasi yang seumpama ini akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Terdahulu, operasi itu diketuai Timbalan Pengarah, Bahagian Operasi, Penswastaan dan Pembangunan, Maipol Spait selain turut disertai Pengurus Taman TTAR serta lima anggota penguatkuasa TTS. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH PARK

RELATED ARTICLES
Utama

Program khidmat masyarakat PKK kukuhkan silaturrahim, jati diri pelajar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular