HomeUtamaBekas Ahli Parlimen Silam meninggal dunia

Bekas Ahli Parlimen Silam meninggal dunia

Read Time:45 Second

Lahad Datu: Bekas Ahli Parlimen Silam, Datuk Dr Salleh Kalbi, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu pada jam 4.40 pagi tadi akibat jangkitan paru-paru.

Perkara itu disahkan isterinya, Datin Fatmah Abdul Aziz.

Katanya, Allahyarham telah menerima rawatan di hospital berkenaan sejak kira-kira dua minggu lalu.

Menurutnya, jenazah akan diurus serta disembahyangkan di Masjid Firdaus, Kampung Sapagaya, sebelum dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Terusan, di sini, selepas solat zohor nanti.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan dua anak perempuan, iaitu Amirah Mahfuzah Syopieah dan Amera Elezadiba Syalesiah.

Allahyarham adalah wakil rakyat Barisan Nasional (BN) untuk Parlimen Silam (kini Parlimen Lahad Datu) mewakili Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku, Lahad Datu dan Kunak pada tahun 2008-2013.

Allahyarham terkenal dengan sifat rendah diri dan mudah didekati rakyat malah sehingga sebelum akhir hayat beliau masih meneruskan perjuangan membela rakyat di daerah ini melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR).

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Sabah komited bantu rakyatnya di Semenanjung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular