HomeUtamaTun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia

Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia

Read Time:44 Second

Kuala Lumpur : Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.10 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN).

Berita sedih itu dimuat naik oleh menantunya, Khairy Jamaluddin, menerusi satu hantaran status  di Instagram beliau sebentar tadi.

Tun Abdullah Ahmad Badawi nerupakan Perdana Menteri Malaysia yang kelima.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al Fatihah,” katanya

Tun Abdullah, yang mesra disapa sebagai Pak Lah, merupakan Perdana Menteri Malaysia dari tahun 2003 hingga 2009, menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Di bawah pentadbirannya, negara menyaksikan pelbagai inisiatif pembaharuan termasuk dalam bidang integriti, pertanian moden dan pendidikan Islam.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Ukhuwah Madani kukuhkan semangat kenegaraan dan perpaduan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular