HomeUtamaSabah Belum Capai 80 Peratus Divaksinasi - Khairy

Sabah Belum Capai 80 Peratus Divaksinasi – Khairy

Read Time:1 Minute, 3 Second

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) yakin semua negeri di seluruh negara mampu mencapai unjuran 80 peratus penduduk dewasa divaksinasi pada bulan Oktober, kecuali Sabah.

Sehubungan itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, program outreach akan diperhebat di Sabah termasuk kempen gerak vaksinasi kepada masyarakat.

Ujarnya, beliau optimis beberapa negeri seperti Kelantan, Kedah dan Perak akan mampu mencapai nilai ambang 80 peratus berdasarkan sasaran masa yang ditetapkan.

“Semua negeri akan diunjurkan mencapai 80 peratus pada bulan Oktober dan hanya satu negeri sahaja kita unjurkan ada sedikit masalah untuk capai 80 peratus iaitu negeri Sabah.

“Saya telah berhubung dengan Pengarah Kesihatan Negeri untuk mempertingkatkan lagi program outreach di Sabah dan saya dapat laporan jumlah yang hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sudah tidak ramai.

“Sebab itu, kita kena usahakan dan sumber yang ada untuk menggerakkan program outreach,” katanya.

Khairy berkata demikian selepas melakukan lawatan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Khamis.

Tambahnya, langkah tersebut merupakan insiatif yang akan membantu negeri Sabah mencapai nilai ambang 80 peratus sama seperti negeri-negeri lain.

Setakat Rabu, 67.4 peratus atau 1,859,799 populasi dewasa negeri itu sudah mendapatkan dos lengkap vaksin COVID-19.

Manakala, 74.8 peratus atau 2,061,944 populasi dewasa di sana juga sudah menerima satu dos suntikan vaksin. – ASTRO AWANI

RELATED ARTICLES
Utama

Draf Kertas Kabinet Mengenai Pengasingan Kuasa AG Dijangka Siap Pertengahan Tahun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular