HomeUtamaGolongan Korporat Digesa Tunaikan Zakat Perniagaan

Golongan Korporat Digesa Tunaikan Zakat Perniagaan

Read Time:1 Minute, 28 Second

LAHAD DATU:  Golongan korporat digesa  menunaikan zakat perniagaan yang diwajibkan kepada setiap hasil harta perniagaan.

Menteri Tugas Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, syarikat perniagaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu menunaikan zakat perniagaan seperti mana zakat lain yang diwajibkan untuk umat Islam.

“Kesedaran mengenai menunaikan zakat dalam kalangan ahli korporat perlu ditingkatkan khususnya syarikat perniagaan. 

“Oleh itu, kita menyeru semua GLC di negeri ini agar terus menunaikan zakat perniagaan yang wajib untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam siri Jelajah Walk About Menteri Tugas-Tugas Khas (WAM-2 Care) selepas merasmikan Pejabat Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Cawangan Lahad Datu.

Arifin berkata, setakat ini, sebahagian besar GLC menyumbang kepada jumlah kutipan zakat Sabah.

“Untuk Daerah Lahad Datu sahaja dianggarkan RM300,000 berjaya dikutip dari zakat perniagaan,” katanya.

Bangunan satu tingkat itu disewa oleh MUIS untuk memudahkan urusan pembayaran zakat umat Islam di Lahad Datu.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan  Yang Di-Pertua MUIS, Malai Ali Malai Ahmad, Pegawai Daerah, Mohamad Ayub Yakub, Setiausaha Menteri Tugas-tugas Khas, Sapidin Ibrahim dan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah, Datuk Norjeli Dais.

Dalam program jelajah tersebut, Arifin  menyampaikan sumbangan zakat kepada Badan Dakwah Daerah dan menyerahkan Bantuan Bulanan Asnaf Fakir 2021 di Pejabat Daearah dan sumbangan MUIS bagi masjid dan surau serta bantuan bakul makanan yang dinamakan Food-2 Care di Masjid At-Taqwa Ibu Pejabat Polis Lahad Datu.

Beliau yang juga Exco Pendidikan turut menyampaikan sumbangan untuk aktiviti pendidikan Islam kepada Pejabat Pendidikan Daerah dan pengimarahan kepada Masjid Jame’ Darussalam Kampung Tabanak.

Sumbangan sama turut disampaikan beliau di Masjid Datuk Haji Nilwan, Mahad Tahfiz Ashabul Yamin, Pejabat Daerah Kunak, Pejabat Pendidikan Daerah Kunak serta IPD Kunak./Penerangan-

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya