HomeUtamaCOVID-19: Trend Kes Positif Di Sabah 'Turun-Naik'

COVID-19: Trend Kes Positif Di Sabah ‘Turun-Naik’

Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Trend kes di Sabah dijangka akan berterusan dalam keadaan ‘turun-naik’ dalam masa terdekat dengan jumlah kes positif COVID-19 di negeri ini meningkat semula hari ini iaitu kepada 820 kes yakni tambahan 30 kes berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, apabila virus sudah berada ditengah-tengah komuniti, jangkitan sporadik akan mudah berlaku dan turun-naik jumlah kes harian banyak dipengaruhi oleh sikap dan tahap pematuhan masyarakat kepada prosedur operasi standard (SOP).

Menurut Masidi, jumlah kes melalui Saringan Bergejala adalah tinggi.

“Sebanyak 38.66% daripada jumlah kumulatif kes pada hari ini berpunca daripada Saringan Bergejala yang sinonim dengan kes-kes sporadik.

“Ini satu petanda bahawa virus ini sudah berada dalam komuniti secara meluas dan amatlah penting agar semua penduduk sentiasa mematuhi SOP,” kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri

“Walaupun Sabah mencatat penambahan jumlah kes hari ini, 93.78% daripada jumlah tersebut adalah Kategori 1 dan kategori 2 yang lazimnya hanya memerlukan rawatan kendiri di rumah atau di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.

“Hanya terdapat empat kes dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan tidak ada kes dicatatkan hari ini dalam Kategori 5,” jelasnya.

Dalam pada itu, sebanyak 15 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu tiga kes di Sandakan dan Tawau, dua kes di Lahad Datu manakala Beluran, Nabawan, Keningau, Kinabatangan, Kunak, Semporna dan Tuaran masing-masing mencatatkan satu kes kematian.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya