HomeUtama22 sekolah ditutup akibat banjir

22 sekolah ditutup akibat banjir

Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu: Sebanyak 22 buah sekolah yang terjejas banjir di daerah Beaufort ditutup dan tidak beroperasi hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, jumlah sekolah yang ditutup itu adalah yang dilaporkan setakat jam 1 tengah hari tadi.

Katanya, penutupan itu disebabkan kawasan sekolah dilanda banjir, selain laluan perhubungan terputus akibat banjir menyukarkan murid dan pelajar ke sekolah.

“Kebanyakan ditutup kerana kawasan sekolah dilanda banjir, hanya ada empat sekolah yang ditutup disebabkan laluan terjejas akibat banjir,” katanya.

Empat sekolah terbabit katanya ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kepawa, SK St John, SK Lajau dan SK Padas Damit.

Sementara itu, 18 sekolah yang ditutup kerana kawasan dilanda banjir ialah SK Suasa, SK Klias Baru, SK Bangkalalak, SJKC Kung Ming, SK Kabajang, SK Kebulu, SK Luagan dan SK Mempagar.

Selebihnya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Paul, SK Lago, SK Batu 60, SMK ST John, SK Jabang dan SK Lupak, SK Biah Batu 65, SK Garama, SK Pintas dan SK Rancangan Klias.

Raisin berkata, penutupan sekolah akibat banjir masih perlu diganti pada hari Sabtu mengikut jumlah hari ia ditutup.

“Hari yang murid tidak dapat hadir ke sekolah kerana banjir akan diganti pada hari Sabtu mengikut kesesuaian pihak sekolah,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO LIN YEE

RELATED ARTICLES
Utama

Sesi persekolahan SK Pinapak diteruskan Isnin ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular